CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Secebis ingatan..


Wahai kaum Adam...
 
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya..
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya..
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya..
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu..
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan..
Jaga diri hiasi peribadi, kelak tunggu lah dia sebagai bidadarimu ♥...
Ingatlah wahai lelaki...
 
 
~sayang kamo!

Tuesday, March 29, 2011

MR. "MAMA"

mr. MAMA.. muncul! tp nie versi "taman jasmin, kajang.Btol la!


MR.MAMA 3 ~ drama komedi terbaik anugerah skrin 2008~


Minggu nie..kat rumah tu ada mr "mama" tp merangkap sbg. CHEF masakan jer.hehehehheh.Mr hubby bercuti utk study sebelum exam pada 2.4. nie.Tq yer bang coz sudi masakan utk kami semua!Fuhhhh..sonang hati si ibu...bleh la si ibu relax-relax skit lepas balik kojer.Mmg "tersenyum" lebar beb!kalau tak, kompim dah macam "lipas kudung"..nak masak, nak mmbasuh ++++..

Anak-anak lagi la best, sbb si ayah dpt bersama dlm minggu nie,lagi-lagi si hero tu..ada gak org yg nak melayan dia!kalau tak, dah malam baru la si ayah baru nak sampai rumah dari opis, time tu jugak diaorg dah layan "mimpi-mimpi indah"..


Walaupun masakan yg "simple" dr hubby tp sedap!aiiii... kan best kalau tiap-tiap hari macam nie..ader org tolong masak kan..(tiba-tiba berangan jap eh!)
uit!ingat, "air tgn isteri lebih afdal" tau!yer..yer..itu sudah  satu tanggungjawapku.sila jgn merungut ok! ;p



Hikayat Merong Mahawangsa


Weii...dah lama aku tak up date blog nie kan..al-maklum la dr hari ke hari aku agak sibuk mengadap rumah + opis..masa begitu padat sekali!

Tertiba aku teringat citer nie.."Hikayat Merong Mahawangsa"..skrg tgh "hot" di pawagam-pawagam..yer ker?yg pasti citer nie dah "basi" sejak 10.03.2011 yg lalu.Best ker ha?ntah...akupun tak menengoknya lagi.tapi, macam teruja jer nak nengok..bkn apa, ada ketikanya ada gak aku melayan jap video klip anuar zain tu, ala lagu "sedetik lebih"!minat sighhh!!lagu yg mantop..

Yg. lebih menarik lagi, filem epik terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim dan dijayakan oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera. (Korang dah g nengok eh?)

Last weekend, masa aku, hubby & anak-anak jln-jln kat shopping complex..tiba-tiba hubby terus suggest kan "jom, kita nengok wayang nak?" ha??terkezut gak aku..bior betul! hubby "teringin" nak nengok citer nie ler..cam best jer bunyi nie!peluang beb!uishhh..bila pikir-pikir balik, cmna la kan.dah la si hero nie ader..dibuatnya dia buat hal,perghhh..kompim haru -biru! tak dapat aku bayangkan..kompim citer x sempat abis, aku dah "surrender" kuar pawagam dgn hati yg pasrah!Boleh ker si hero nie tido dgn lena( kalau dia bleh tido ler..) @ kalau tak tido..apa la yg dia buat.kan??si hero skrg nie bleh tahan gak lasaknya..mmg dah tak bleh duduk diam.

Akhirnya, kami sepakat terpaksa "cancel" kan hajat hubby tu.Kesian plak aku nengok..
Utk. si hero ibu tu..kami korbankan!
tp. nak sedapkan ati, bleh plak hubby sound kat aku.."xper, nnti ayah kuar ngan kakak auni eh..kita tengok wayang..tinggalkan ibu dan adik kat umah" What??oohhhh..ini tidak adil..mana bleh, aku "teringin" gak nak nengok!huhuhuhuhu.

~Takper-takper nnti kita sama-sama layan citer nie kat astro first jer..kita layan cam kat pawagam..kekekekke.. (nak sedapkan hati nie jer. ;p)



Friday, March 25, 2011

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


~Insy.ibu & ayah akan amalkan amalan ini utk kamo berdua.Semoga kalian berdua mjadi anak yg soleh & solehah.amin.

Thursday, March 24, 2011

ABAH


Terima kasih abah..Pengorbanan  dr. abah akan kami hargai buat selama-lamanya.

Ptg. tadi semasa aku berada di ofis, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dr akak.."Dik, abah masuk hosp..sekarang abah di wad kecemasan!" Ya Allah..tiba-tiba jantungku berdegup laju...takut, risau..macam-macam perasaan mula timbul..apa dah jadi dengan abah??abah sakit apa?aku mula rasa resah..tak senang duduk dibuatnya..perasaan sedih mula menyelubungi diriku...ya, Allah, KUATKANLAH SEMANGATKU..hindarilah aku dr perkara-perkara yg buruk!bila mendengar berita sebegini..aku mjadi "FOBIA"..takut sangat kerana aku baru lagi kehilangan ahli keluarga yg aku sayangi..kesedihannya masih terasa lagi.Tak sanggup utk aku kehilangan org. tersayang lagi..
akak bagitahu, tekanan darah abah tiba-tiba naik mendadak..mula-mula abah pening & muntah-muntah.Rupa-rupanya abah jatuh, mujur mak sedar..terus mak menelefon akak..disebabkan kddn abah yg sangat lemah, abah tak mampu berjalan..ambulans dtg utk mmbawa abah ke hosp. batu gajah.Terus abah dimasukkan ke wad kecemasan!Alhamdulillah, abah bukan kena serangan jantung..cuma tekanan darah yg tinggi.Doc. cuma masukkan ubat tahan sakit & air ke dalam abah..Darah abah juga diambil.Akhirnya, keadaan abah makin stabil..abah dapat pulang ke rumah semula.
Syukran, Ya Allah!Hatiku kembali tenang..tp perasaan risau tetap ada lebih-lebih lagi dengan tahap kesihatan abah sekarang..Usia abah semakin meningkat..dan abah perlu merehatkan diri selalu..terutama sekali menjaga kesihatan.

"Abah, anak-anakmu sentiasa mengiringi doa buatmu..agar dirimu dipanjangkan umur &dilindungi oleh-NYA.Abahlah segala-galanya buat kami!kami sangat SAYANG pada abah!

Rindu Datang lagi.


Ya, Allah..kuatkanlah semangat ku ini..tiba-tiba Rindu datang lagi!Sungguh..sukarnya utk aku melupakanmu wahai bidadari syurga..setiap hari, wajahmu terbayang-bayang di depan mata..masih teriang-iang suara tangisanmu itu dan serta merta airmata ku mengalir...sebaknya rasa..

Yg pasti..kami semua masih terasa kehilanganmu sayang...lebih-lebih lagi  buat mama & baba mu..Kamu lah "insan teristimewa" buat kami semua..walaupun dirimu telah meninggalkan kami semua.Percayalah..namamu masih segar di ingatan dan sentiasa di hati kami buat selama-lamanya.

AL-FATIHAH buatmu BIDADARI SYURGA..

Tuesday, March 22, 2011

Minggu EXAM

Semalam,bermula lah minggu exam buat puteri kesayangan ibu & ayah.Wahhh...dah macam tak percaya si dia akan menduduki exam buat pertama kali..sudah besar yer kakak!Ibu pulak yg rasa lebih "excited" & berdebar-debar..Insy. kakak akan dpt. melakukan yg terbaik.Ibu & ayah sentiasa mendoakan kejayaan buat awak.




To my lovely princess...NUR QISTINA AUNI

Monday, March 21, 2011

Rindu Padamu Bidadari Syurga...

Bidadari Syurga

Al-Fatihah buat Nur Adriana Amani..Tuhan lebih menyayangimu sayang..

Pukul 3.30 pagi tadi, aku menerima panggilan telefon dr abah...rupanya amani sudah pergi meninggalkan kami semua!Ya Allah..hy tuhan yg tahu perasaan aku tika tu...dan serta merta aku teringat pada adik...Pasti tika ini dia dalam kesedihan!Sabar yer dik, kami semua jugak amat terasa kehilangannya!akak memahami perasaan awak..Redha di atas ketentuanNya ini..yg pasti amani akan menanti mama & baba nya di pintu syurga.Insy..

Selepas solat subuh, aku, hubby & anak-anak bertolak dr kajang ke manjoi(rumah mak mertua adik)Adik telah maklumkan yg amani akan dikebumikan pada jam 10 pagi..Ya Allah, permudahkan perjalanan kami ini..Harapan aku hy satu,aku benar-benar ingin menatap wajah kecil itu buat kali terakhir..aku amat rindu padanya!

Alhd..syukran Ya Allah.kami slmt sampai di sana jam 9.30 pagi..aku dapat melihat wajah kecil tu.!sungguh..aku x dapat menahan kesedihan ini..lebih-lebih lagi menatap sekujur badan anak kecil yg tidak bernyawa lagi!Sayang..Allah lebih menyayangimu!!bersih & bersinar-sinar raut wajahmu..yg pasti dia kini penghuni salah satu taman syurga!Bidadari syurga...moga dia  bahagia & tenang di sana.

Buat mama & baba amani...tabah & kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan ini dan ingatlah kita juga akan myusul ke alam seterusnya.Hidup & mati di tangan tuhan.

"Sayang amani..meskipun dirimu hy dipinjamkan buat kami setakat 51 hari sahaja..kenangan bersamamu tetap akan kami kenangkan.Kami akan sentiasa merindui kamu selalu!Senyuman & tangisan mu masih segar di ingatan!Salam sayang dr kami semua.." 29.01.2011 - 20.03.2011

Al-Fatihah..

Saturday, March 19, 2011

Nasi minyak dtg lagi!

Minggu terakhir cuti sekolah akan berakhir dan ari nie jugaklah aku sempat makan nasi minyak kat kenduri org.kawin.Paham-paham jerlah, kalau cuti sekolah pasti "ada" kenduri kawin...mmg tak dapat dipisahkan!tiba-tiba teringat di majlis kawin aku dulu-dulu..errrr  tertiba mengamit nostalgia gitu!


moh sama-sama kita "flash back" semula!a special day..11.06.2005

Pagi-pagi lagi kami dah kuar rumah, cuaca ari nie mmg. agak suram + mendung!lagipun kami nak kejar masa utk breakfast kat Mcd area prima saujana tu..masa mmg terhad!almaklum la lepas tu nak kejar nasi minyak pulak!phewwww..ramai btol org kat Mcd..mungkin cuti skolah @ada promotion baik punyer!!aku salah seorg yg tak ketinggalan utk promotion baik punyer!hehehhehe...tq mcd. bagi kupon FREE!nasib baik kami smpai awal, kalau tak "berjanggut" nak beratur +  cari parking keta.mmg akan naik tensen!

Dr. mcd. terus menghala ke kawasan Teluk Panglima Garang.. ke rumah pengantin sepupu hubby ku.Perjalanan yg agak ngantuk + sejuk...ujan turun lebat!(kalau kat umah nie, kompim aku dah berguling-guling kasi zzzzz.)
Alhd. sampai gak ke destinasai yg di tuju...walaupun ujan dah turun, tetamu tetap datang!ramai jugak org. & mmg meriah!wahhhh..dapat jugaklah aku merasa nasi minyak org kawin!maka ari nie jugaklah "dapurku tak berasap lagi"!masa utk. berehat!hati senang, jiwa happy!

**for ujang, "SELAMAT PENGANTIN BARU"!moga kekal selamanya..insy.**

Friday, March 18, 2011

SENYUM lah!

ya, aku masih boleh tersenyum!




Semoga hari-hari yg kita lalui dengan satu SENYUMAN...kerana:
Senyum Itu Sedekah



Thursday, March 17, 2011

Lambang Kasih Antara Ibu & Anak


~Mama Afa with baby Amani at Hosp. Ipoh..


begitu eratnya dan sukar utk dipisahkan...





~ moga kasih sayang ini akan kekal buat selama-lamanya!amin.


**LOVE & MISS BOTH OF YOU!**

~i'm really touching for this situation!plz. PRAY for NUR ADRIANA AMANI..

ulser mulut!

Hari nie, aku memang tak senang duduk ++ susah btol nak bercakap!adoiyai...ulser mulut telah menyerang!Agak jarang jugak aku kena penyakit nie!tp. bila dah terkena...pedih ooo!Lagi-lagi masa utk makan, walaupun perut dah rasa lapar..terus terbantut selera ku!memang menyeksakan diri nie..(ngada-ngada pulak eh!)
Bab bercakap lagi la..kiranyer utk ari nie sahaja percakapan ku pun agak kurang jelas..dlm. erti kata lintang-pukang jugak lah!ntah apa-apa yg aku sebut..bukan apa, gara-gara ulser nie jugak!Hari nie, aku lebih byk berdiam diri dr bercakap!wahhhh...sopan gitu!Dlm masa yg sama aku menahan jugak sakit nie!errrghh...cepat-cepat la sembuh ulser ku!aku nak makan makanan yg sodap-sodap..

Betol ker, org kata ulser nie disebabkan kurang minum air..yer ker?Tak silap aku, tiap-tiap hari aku bwk bekal air masak dr rumah..tiap-tiap hari pasti abis aku minum & akan di top-up semula utk hari esok pula!kiranya aku nie golongan yg kuat minum air jugak tau!

ha!nie ler ulser mulut.. gmbor nie bkn hak milik terpelihara ok, nie aku copy & paste..hehehehe


Nie  antara maklumat yg aku dpt dr. internet..jom sama-sama kita layan jap:

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan,  tekanan, atau kurang rehat.

Ulser ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser tadi.
Tanda-tanda Ulser
Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :

* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka
Langkah Pencegahan
Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah/menyembuhkan ulser :

* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan

Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari 3 minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Wednesday, March 16, 2011

Tabahkan Hatimu DIK!

Minggu ini bagi aku tak la seceria hari-hari yg lalu..lagi-lagi tentang berita sedih yg terpaksa aku sekeluarga terima mengenai keadaan anak buahku sekarang yg kini terlantar di hospital Ipoh..Di dlm hati & fikiranku kini hy pada dia, NUR ADRIANA AMANI..masih teriang-iang suara tangisan dr nya...tika tu, kami tak tahu apa yg terjadi padanya.rupa-rupanya dia menanggung kesakitan!
iya, aku kini amat merinduinya..sangat-sangat ya ALLAH!sehingga suara tangisannya telah di bawa dlm mimpiku!Andai tika ini aku ada sayap..pasti akan aku pergi bertemu dgnnya disana..memeluk & mencium dia sepuas-puasnya!aku tahu dia kini menanggung kesakitan yg amat sangat!

Ptg tadi aku dapat perkhabaran yg amat mengejutkan dr adik...amani kini ada masalah pd jantung kirinya..hasil pemeriksaan dr doc ia sgt serius!Ya Allah..lindungilah anak kecil itu...kasihan aku padanya!begitu hebat ujian drNYA pada dirinya...kini amani telah begantung sepenuhnya pada oksigen yg paling kuat melalui tiub yg disalurkan ke dlm mulut sehingga ke paru-parunya!seksanya dia ya Allah!!Mudahnya air mata ini mengalir...mungkin kerana aku juga seorg ibu yg mempunyai anak-anak...bkn mudah utk melalui semua ini lebih-lebih lagi tentang ANAK!anak-anaklah permata hati!

Dik, tabahkan hatimu!ini semua ujian drNYA...mgkin ada hikmah di sebaliknya.REDHA di atas ketentuan dr NYA..Emak, abah dan kami semua sentiasa ada bersama-samamu walau keadaan sekalipun!Dik,kita hy meranc.semua ini tp. hy. DIAlah yg menentukan segala-galanya!Doa kami sentiasa mengiringi amani...

*buat amani sayang...mama, babah, opah , atuk & kami semua di sini sentiasa mendoakan yg terbaik buatmu!kuatkan semangatmu sayang!hadapilah ia dengan tenang..semoga ALLAH sentiasa melindungimu.amin.

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tuesday, March 15, 2011

Botol susu polikarbonat...






INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol. - Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other' - Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

*risau weiii...lepas nie my boboy kena "tukar" botol susu la jawapnya..ermmm.

~buat mak-mak & bapak-bapak di luar sana, plz spend a lot money to buy botol susu yg harganya luar biasa buat anak-anak anda!sila bertindak lebih awal...utk keselamatan si dia!

Boss baru.

ader citer terkini beb!!korang-korang semua,aku nak kongsi citer nie..

wow! mmg suprise! today, surat rasmi dah terima .. we will get a new BOSS, a lady ok! start tomorrow!!ohwww...tetiba-tiba risau gak..macam mana orgnya & sikapnya yer?errgggg..tunggu & lihat saja.
Hopely she a good leader to our staf KKHL!insyaAllah..semoga dipermudahkan olehNYA.Takmo la yg "buyers"..aku memang anti kalau org macam nie..xsuka ok!tolong adil dan saksama..barula happening nak buat kerja!nak pergi kerjapun rasa berkorbar-kobar..azam baru perlu dilaksanakan!yeah-yeah...

Buat member2 KKHL...tolong bersedia dr segi mental & fizikal anda semua..



~to our boss En Fauzi, thanks a lot!kerjasama anda amatlah kami hargai!

Monday, March 14, 2011

Saat-saat mencemaskan!

mmg MENCEMASkan!..
weekend day , aku & mr hubby with anak2 balik bercuti ke kg ku!!Kebetulanpun, mmg ada kenduri doa selamat di rumah mak & abah..yeah!...hepi dpt berjumpa org kg lagi!terutama anak buahku itu..nur adriana amani..jumpa alang lagi  yer sayang!sebelum tu..mmg aku dpt berita dr adik aku yg anaknya, amani kurang sihat...sangkaan ku mungkin demam biasa saja..al maklum la skrgpun cuaca x menentu..

 "kami"on the way to balik kg!ujan lebat di highway...

si boboy  sedang tido dgn lena....


Rupa-rupanya  pada ari khamis malam lagi...amani mula menunjukkan sesak-sesak nafas..lebih2 lagi  masa tengah tido..ntah apa sebabnya.. mgkin.ada sesuatu yg tak selesa pada dirinya..cuma dia tak dpt mampu berkata sakit yg ditanggungnya itu..risau btol mama amani , opah & atuk dibuatnya..kasihan anak kecil nie!dia jugak kurang utk minum susu dan tido dengan lena.kebetulan babahnyer belum balik bercuti dr bertugas dr kelantan..sian mama amani..sabar yer dik!mgkin ada hikmahnya...
Hari sabtu pagi (12.3.2011), aku dan hubby membawa amani ker hosp. Al-Ridzuan, ipoh dengan ditemanai mamanya...mmg kami kasihan melihat keadaannya...disana, doc telah memeriksa dan keputusannya..amani kena jangkitan virus!terus doc. masukkan gas(oksigen) pada nya..tp. yg peliknya amani tak kena tahan wad!knp yer?Doc. cuma bagi ubat lelah, batuk & antibiotik!itu saja..
Amani masih macam tu jugak...tiada perubahan pada dirinya..cuma dia muntah keluar kahak yg banyak..nafasnya masih tersekat-sekat.. dan tidornya masih tak lena.Kenapa yer sayang??ya Allah,sembuhkanlah anak kecil nie...tak sanggup aku melihat keadaanya!seksa dia menanggungnya..
Hari ahad (13.3.2011)..pagi tu, amani tetap bgitu...masih tiada perubahan.Tengahari tu, aku & adik keluar ke pasaraya yg berhampiran utk membeli barang2 amani..mak yg tolong jaga amani di rumah..Lagipun selepas zohor nnti aku akan pulang semula ke kajang.
Sampai di rumah, mak bagitahu pada adik tadi amani muntah 2 kali...tp tak keluar kahak..adik risau!ya, kamipun semua risau...adik dapat rasa amani sangat lemah.. dan amani mula sesak nafas!aku sendiri melihat keadaan dia!mmg seksa!nafasnya makin kuat  sangat!adik mula menangis!tanpa membuang masa mak suruh bawak jugak amani ke hosp. sekarang!terus hubbyku mmbawanya ker KPJ ipoh specialist..aku & boboy ikut sama..cuma kakak auni & abah tinggal di rumah..mmg mencemaskan!
Dlm kereta amani menangis tanpa henti..ya ,Allah..hy tuhan yg tahu keadaan dirinya masa itu!sedih & seram sejuk aku dibuatnya..macam-macam aku fikirkan!...adik mula menangis!mak terus mmbaca ayat-ayat kursi..kata mak"apa2pun adik kena redha."..hubby terus pecut bwk kereta dgn isyarat lampu kecemasan dipasang!ya Allah...masing2 risau...permudahkanlah segala-galanya!
Sampai di hosp. (bhg. kecemasan) amani diambil dan terus di masukkan gas oksigen..dia di pantau oleh doc. pakar dan nurse!cuma mak dan adik pergi melihat amani...kasihan dia!menjerit-jerit menangis!tak sanggup aku mendengarnya!aku cuma mmpu bg semangat pada adik.."sabar dik, kita hy meranc. tp hy tuhan yg menentukan semuanya!"insy.semua akan selamat!sama-sama kita berdoa..
Hasil pemeriksaan doc..amani kena jangkitan virus!ya,paru-parunya sangat lemah!tenat sangat!bibirnya mula biru..Ya Allah!terkejut kami mendengarnya...satu-satu ujian buat amani!lemah lutut aku dibuatnya!adik mula menangis!Airmata ku turut mengalir!sabar dik...byk-byk berdoa!insy...semuanya akan selamat..akak memahami perasaan awak sebagai ibu!bkn mudah utk kita terima kenyataan nie...ini semua ujian dr.Nya..
Alhamdulillah...amani mula menujukkan reaksi yg positif!doc memberitahu dia sudah mulai stabil semula!cuma dia tak boleh minum susu lagi, cuma masukkan air sahaja.alhd...syukur ya Allah!gembira sangat!tp amani kena dipindahkan ke hosp. besar ipoh!sbb. di sini, tiada alatan yg cukup utk merawat dia!adik bersetuju dgn pendapat doc dan amani terus di bawak ke sana dgn menaiki ambulans..adik ikut sama..
Di hosp. ipoh..amani di masukkan ke dlm NICU..dia dipantau oleh doc. & nurse..dia di asingkan dengan adik..adik tido di katil lain..dan amani dimasukkan oksigen lagi..seksanya dia ya Allah!Lindungilah anak kecil nie..
Tadi, aku dpt khabar berita dr adik yg. amani sudah semakin stabil..Alhamdulillah!alang gembira sangat!

amani with her mama.."please PRAY for NUR ADRIANA AMANI.."

~Semoga amani cepat sembuh & cepat keluar dr hospital..alang sekeluarga sentiasa mendoakan buatmu sayang!alang sentiasa merindukan awak!



raikan BESDAY si dia (12.3.2011).

Walaupun sudah terlewat beberapa hari,  tp.masih sempat jugak nak meraikan besday kakak auni di rumah opah & atuk .Suka sangat dia walaupun kek yg dihajati tak kesampaian utk potong...tak per yer kakak.., taun depan ibu & ayah belikan kek IMPIAN awak tu.kek niepun comel aper & sedap!TQ  buat  opah & atuk,mak long, ashu dan sepupu-sepupu yang lain!cuma pak shu & pak ngah sekeluarga jer xder..tp.apa-apapun kakak auni tersangat ler happy!buat ayah...tima kasih sponser kek! taun depan bleh lagi yer..

Jom, layan aksi-aksi nie...

 

~Blueberry Cake to kakak auni~ wow!larat ker abiskan tu.?..

abis muka dia di conteng penuh ngan krim kek...   


nie la muka budak 5 tahun tu...mimik muka senyum paksa..

with  besday boy, abang amar ( same besday month) & aliya..


tu dia....aksi2 yg tak patut di TIRU!saling bekerjasama nampaknyer..owwwhhh..tidakkkk!


errrrrgg...terkezut aliya melihat aksi spontan kakak auni nie...

memek muka si boboy br. bangun tido..x sempat nak potong kek sama-sama.sian dia!


~tima kasih semua!

* tp.mananya gmbar atuk & opah., ayah??hehehehhe..semuanyer dibelakang tadbir..


Wednesday, March 9, 2011

si "boboy" demam.


sian kat si boboy hensem nie..ptg tadi, masa ibu ambik dia ngan kakak auni balik ke rumah, mama zai bgtau yg.si boboy demam panas!mukanyer dah merah padam dah mcm pakai blusher lagi!mmg panas!ibupun terkejut sbb jarang boboy nie demam teruk cam nie..owwwhhh..rupa-rupanyer gigi depan dia nak tumbuh la!patut la demam!msti tak selesakan...sian la ibu tengok..nak makan & minum pun tak mahu..
terus ibu phne ayah kat opis suh balik awal jugak ari nie..nak bawak boboy g klinik...risau tgok keadaannya tu..mmg tak aktif macam biasa.Kalau tak, pasti awak gelak-gelak sambil guling-guling atas tilam tu..dan kakak auni la yg selalu buat lawak ntah apa-apa kat awak..
Mlm nie jugak, ibu & ayah bawak boboy nie g klinik..sebenarnya ader planning mlm nie ayah nak bawak kita g makan-makan kat luar smpena besday kakak auni, tp disebabkan boboy demam terpaksa la cancel serta merta..maaf yer kakak!kesian kat adik nie..
Kat klinik terus doktor check si boboy...uit! tingginya suhu panas boboy...38'!panas sangat...terus doktor bagi ubat demam...makan ubat tau!
cepat sembuh yer sayang!ibu suka awak ketawa dan gembira...risau ibu bila awak sakit!mmg ibu x senang duduk... ibu SAYANG sgt kat awak la muhammad adi zaim!

Besday si dia...

"Hepi Besday to you..hepi besday to kakak auni..hepi besday to you!"

eh-eh..kejap jer si dia budak comel nie dah 5 tahun.Moga panjang umur & mjadi anak yg solehah yer!Ibu & ayah sangat SAYANG kat awak!


*insy. nanti kita sambut besday sama-sama yer with opah & atuk dll. kat kg.

Tuesday, March 8, 2011

Aktiviti hujung minggu (05.03.2011)

inilah aktiviti hujung minggu aku & familys...'JALAN-JALAN CARI MAKAN' kat restoran Saba, Cyberjaya..wow!makanan arab tue..sedap bangat!last minute planning nie!Thanks to my lovely hubby coz sudi bawak kami ke sini!

byk pilihan makanan di sini...tak rugi beb!memang berbaloi-baloi... ;p

ha!nie salah satu my favourite food..roasted chicken with rice.

nie salah satu menu pilihan utk minuman plak..Barbican, a non alcoholic malt drink and my favourite is apple.



lain kali kiter datang lagi yer mr hubby...nak rasa chicken kebab pulak!!

Selamat Hari Wanita!

Buat para-para wanita di luar sana, esp. buat mak tersayang..terima kasih di atas segalanya..
"Selamat Hari Wanita"!

Hari ini 08 Mac. merupakan Hari Wanita Sedunia (International Women's Day) dan tahun ini juga merupakan tahun ke 100 kita sama-sama meraikannya!Bangga nya saya!

Ya, aku juga merupakan seorg. wanita...alhamdulillah sehingga kini aku bahagia bergelar seorg. anak, isteri dan ibu, insyaAllah..semoga segala-galanya dipermudahkan.amin.

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah)

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

INSYAALLAH..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,

Insya Allah i'll find the way.amin.

Monday, March 7, 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011




Hari nie, aku & serombongan  staf kkhl telah berkunjung ke kompleks kraf kat jln conlay, k.lumpur..(atas jemputan dr pihak sana)kami naik coaster jer..maka, ari nie jugakla aku dikira bekerja separuh hari di opis dan separuh lagi di k.lumpur.wahhh..suka bangat beb!mana taknya dapat pergi jalan-jalan sambil cuci mata...lagi-lagi barang hasil kraftangan malaysia!minat tu!Tak silap akulah, kali terakhir aku "serbu" kompleks kraft pada tahun 2008..masa tu pergi ngan satu familys + mak & abahpun ikut.tak sangka, ari nie aku masih berpeluang ke sana semula!alhamdulillah...

coaster nie la yg bawak  kami ker sana.TQ to mr driver kami mr. kamal &  mr.faizal.

Kalau nak tahu, kehadiran kami disambut oleh pihak kraft...tak sangka pulak kami dibawa melihat setiap tempat sambil diberi penerangan...wah!ala-ala pelancong gitu...nak tak nak terpaksa la layan...walaupun hakikatnya masa tu  jugakla perut aku dah mula bergendang-gendang sambil menyanyi nak mtk. mkn!adoiyaii...masa utk makan sudah tiba..tekakpun dah makin haus...cuaca panas terik pulak tu!grrrrr....

tengok la nie, begitu asyik kami semua mendengar penerangan dr. brother kraf nie...buat-buat dengar sudahhh..;p

biler dah mula  di lepaskan utk cuci mata sambil berangan-angan nak beli...apa lagi, perghhhh...teruja beb!eh-eh, macam la aku nie bwk RM banyak sgt!.hehehhehe, tak per, xdapat bli janji dapat nengok...tapi, sempat gak aku beli "benda" nie..cantik x??simple jer utk hiasan di ruang tamu rumah.ok  la tu kan..


harga nya : 2 = RM10...jadila  utk.kenangan  di hari kraf  keb. 2011..

sempat jugak aku "zommm"kan barang-barang "pelik" bagi aku yg  dijual kat sana..jom layan!


errrrr...takut plak aku nengok nie...kreatif btol diaorg nie.

ukiran kayu niepun menarik!

tak sangka, tengah duk asyik jalan-jalan cari makan..tiba-tiba, owhhhhh...kat gerai kek lapis sarawak, si artis tu "deja moss" tengah promote kek lapis dia!apalagi, smpat gak aku & gengs ambik gmbor jap, tapi kami beli jugak kek lapis dia..aku x beli ler tp dpt rasa kek free..sedap gak !kekekkeke ;p


puas ati beb dapat peluang ke sana...hopely, tahun depan pihak kraf jemput kami lagi yer!aku tunggu....masa dlm perjalanan nak balik ke kolej, tiba-tiba hujan turun membasahi bumi...lebat beb!alhamdulillah,syukran ya ALLAH.., patutla panas terik tadi..

TQVM sebab sudi bagi cenderamata nie buat kami.CANTIK!



nie la segelintir geng-geng KKHL yg pergi...insy.taun depan kiter join skali lagi yer!


Friday, March 4, 2011

Satu Penceraian Setiap 15 Minit ...Nauzubillah..


Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,"

Fikirkanlah!

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Thursday, March 3, 2011

Pokok Rama-Rama @ Kupu-Kupu


 Ha, nie la pokok rama-rama.Korang pernah tengok tak??cantikkan??cuba tengok kat bentuk daun tu..cam rama-rama !Unik kan?..Kali pertama aku jumpa bentuk daun macam nie...warnanya pun menarik..warna ungu...jarang nak jumpa pokok-pokok macam nie..



Bunganya pun menarik..comel sebab kecil dari daunnya...

**foto-foto nie aku celok dr internet yer..** tp yg kat bawah nie..ORIGINAL..hak milik terpelihara.

                                                                          : :
                                                                          : :
                                                                          : :

aku jugak salah seorg peminat pokok nie...Jgn tak caya, pokok nie aku tanam sendiri kat umah tau!tp. ia baru nak membesar..Alhamdulillah...kalau nak tahu pokok nie kakak aku yg perkenalkan pada aku masa aku balik kg.terus aku terpikat debommmm!!nie la hasilnya....


Nie ler bunganya..eh-eh..bunga dia dah tak kembang la..mgkin malu kut,sbb kamera ambik gmbor..;p


TAPI kan bila dah malam..mula la daun-daunnya menguncup...tak mengembang macam biasa...cuba korang tengok nie...


sesiapa yg suka menanam pokok bunga tu..apalagi cuba la tanam pokok nie yer..Selamat mencuba!

H1N1 kembali???

Pelajar sekolah antara tiga korban H1N1 tahun ini

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Kajang antara tiga orang yang meninggal dunia akibat H1N1 tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pelajar perempuan itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam, dan dibawa ke sebuah hospital swasta setelah pengsan selepas berjoging pada 22 Februari lalu.

"Dia kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur sebelum meninggal dunia pada 24 Februari. "Ujian pengesahan virus melalui PCR pada 25 Februari mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Liow berkata, langkah kawalan telah diambil seperti memberi pendidikan kesihatan membasuh tangan dan etika batuk manakala pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala influenza dinasihatkan tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

*uit, kawasan kajang???grrrr...terkejut beb!,ingatkan dah"hilang"..rupa2nyer masih ada.
owhhhh..NO more g jln-jln??baru nak planning... ;(

Pembiakan nyamuk AEDES pembawa wabak DENGGI!!!

109 Lokaliti Wabak Denggi Dikesan :

Sebanyak 109 lokaliti wabak demam denggi dikesan di 30 daerah di seluruh negara bagi tempoh 20 hingga 26 Feb lepas, dengan sembilan daripadanya merupakan "kawasan panas". Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata enam "kawasan panas" itu ialah di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Johor.
"Kawasan panas" di Selangor ialah di Kampung Baru Sungai Terentang, Taman Tun Teja Apartmen Rawang, Taman Muhibbah Rawang, Selayang Baru K4 dan Apartment Bandar Country Homes yang terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang, manakala satu lagi ialah Taman Ukay Perdana (Zon 2) di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kawasan panas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah di Taman Miharja dan RKAT Ampat Tin, manakala di Johor ialah Kampung Pasir.
Dr Mohd Ismail berkata kadar pembiakan nyamuk Aedes masih tinggi dilaporkan di kawasan hot spot dan beliau meminta ketua masyarakat menggerakkan penduduk setempat untuk melaksanakan aktiviti gotong royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes kepada 430 kes bagi tempoh 20 hingga 26 Feb dengan satu kematian, iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun dari Johor yang meninggal dunia pada 23 Feb selepas seminggu dijangkiti denggi.
Dr Mohd Ismai berkata lima negeri yang menunjukkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh sama ialah Selangor meningkat sebanyak 16 kes, Perak (15 kes), Pahang (lapan kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Negeri Sembilan (dua kes).

***cuba korang check2 kws. panas di Selangor tu....eh-eh umah korang ker??
       takutnyer....sila CEGAH, SEBELUM PARAH!errgg..kwsn Taman Jasmin, kajang
       pun zon bahaya tu...
       baru-baru niepun umah aku dah di spray ngan asap ubat tu!!adussss...kes dah meningkat nie.

Wednesday, March 2, 2011

Saman Trafik

17.3 juta saman yg gagal dijelaskan akan disenarai hitamkan mulai hari ini.Oh my god!!ini bukan main-main dah, tp realiti beb!grrrrr..menakutkan..Bayangkanlah daripada 49.4 juta saman telah dikeluarkan dlm tempoh 10 tahun, cuma 31.9 juta saman sahaja yg telah dijelaskan sehingga semalam.wow!ramai lagi tu....camno tu kalau dah disenarai hitamkan...

Di saman...saper nak beb!grrrr...takut!alhd. la setakat nie rekod ku "bersih"..harap-harap aku tak disenaraikan..tahap kelajuan memandu ku masih tahap sederhana, tp tipula.. ader jugakla..terlaju, telanggar dan ter..ter..la lagi-lagi kalau dah terlambat nak pergi opis..bkn apa, takut di saman plak di opis utk bulan dpn!(kad hijau tu..)

rasa-rasanya apa la simptom-simptom yg ada pada rakyat malaysia yg susah sangat nak bayor saman nie yer?lagi-lagi yg suka buat bayor "last minute"??cer korang bagitau skit...


tolonglah ingat selalu..:
                                   Pandu dengan cermat. ingatlah orang tersayang!

                                                                 

PANASsss!!

saja jer nak kasi panasss utk ari nie..walaupun hakikatnya, CHELSEA dah menang game pagi td!!wiiiiiieeee..suka-suka.congrates la kat korang-korang semua...saper geng "the BLUES"??aku lah salah seorg drp.nya... ;p
utk wrga penyokong team MU..sila terima hakikat ok."PEACE NO WAR"!kekekkeke

keputusannya:
Chelsea tewaskan United 2-1 ..

Tuesday, March 1, 2011

welcome MARCH 2011

Mac kini muncul ..bulan yg dinanti-nantikan buah hati ku "my princess"!!menghitung hari utk special day katanya..geli hati aku dibuatnya..everday, she almost remind me..."ibu, jgn lupa ok on 09th march!!"ohhhhh...dah pandai dia yer!!
planning and planning...esp. about present to my princess...mr hubby,any idea plz??hurmmmm...apa yer nak bagi pada budak comel tu.??


nie la budak comel dan cewek nie...jap jer awak makin mmbesar kakak!

list hadiah permintaan dr dia buat ibu and ayah (ayah, plz take note ok. ;p) ;

i) KEK yg ada gambar princess!
ii) Kasut TINGGI yg mjadi idamannya sejak akhir-akhir nie..
          and
the last item, basikal stroller tu....dia mintak sejak last year lagi.

TASTE yg tinggi btol..huhuhuhu..ginilah, anak2 zaman sekarang.ibu pun kalah!

**nnti ibu and ayah, kaji-kaji dan timbang2kan dulu yer kakak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...