CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 3, 2011

H1N1 kembali???

Pelajar sekolah antara tiga korban H1N1 tahun ini

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Kajang antara tiga orang yang meninggal dunia akibat H1N1 tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pelajar perempuan itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam, dan dibawa ke sebuah hospital swasta setelah pengsan selepas berjoging pada 22 Februari lalu.

"Dia kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur sebelum meninggal dunia pada 24 Februari. "Ujian pengesahan virus melalui PCR pada 25 Februari mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Liow berkata, langkah kawalan telah diambil seperti memberi pendidikan kesihatan membasuh tangan dan etika batuk manakala pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala influenza dinasihatkan tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

*uit, kawasan kajang???grrrr...terkejut beb!,ingatkan dah"hilang"..rupa2nyer masih ada.
owhhhh..NO more g jln-jln??baru nak planning... ;(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...