CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 3, 2011

Pembiakan nyamuk AEDES pembawa wabak DENGGI!!!

109 Lokaliti Wabak Denggi Dikesan :

Sebanyak 109 lokaliti wabak demam denggi dikesan di 30 daerah di seluruh negara bagi tempoh 20 hingga 26 Feb lepas, dengan sembilan daripadanya merupakan "kawasan panas". Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata enam "kawasan panas" itu ialah di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Johor.
"Kawasan panas" di Selangor ialah di Kampung Baru Sungai Terentang, Taman Tun Teja Apartmen Rawang, Taman Muhibbah Rawang, Selayang Baru K4 dan Apartment Bandar Country Homes yang terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang, manakala satu lagi ialah Taman Ukay Perdana (Zon 2) di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kawasan panas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah di Taman Miharja dan RKAT Ampat Tin, manakala di Johor ialah Kampung Pasir.
Dr Mohd Ismail berkata kadar pembiakan nyamuk Aedes masih tinggi dilaporkan di kawasan hot spot dan beliau meminta ketua masyarakat menggerakkan penduduk setempat untuk melaksanakan aktiviti gotong royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes kepada 430 kes bagi tempoh 20 hingga 26 Feb dengan satu kematian, iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun dari Johor yang meninggal dunia pada 23 Feb selepas seminggu dijangkiti denggi.
Dr Mohd Ismai berkata lima negeri yang menunjukkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh sama ialah Selangor meningkat sebanyak 16 kes, Perak (15 kes), Pahang (lapan kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Negeri Sembilan (dua kes).

***cuba korang check2 kws. panas di Selangor tu....eh-eh umah korang ker??
       takutnyer....sila CEGAH, SEBELUM PARAH!errgg..kwsn Taman Jasmin, kajang
       pun zon bahaya tu...
       baru-baru niepun umah aku dah di spray ngan asap ubat tu!!adussss...kes dah meningkat nie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...