CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

Keyakinan Diri

Nak yakin diri dlm melakukan sesuatu perkara...uh!berat tu nak pikul...boleh ker?mampu ker?adoiyaiii..susah dan mencabar nie...korang semua pasti pernah alami kan??
aku jugak pernah mengalami situasi begini,kadang-kala "stress" + "jem" dibuatnya..tak kira la dimana-mana pun.
Jom, kita cuba amalkan tips-tips di bawah nie..Insy. semoga dipermudahkan.amin..
10 Tips Mewujudkan keyakinan diri :
v  .Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya
v  .Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
v  ]Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
v  Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
v  Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
v  Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
v  Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
v  Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
v  Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
v  Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Saturday, February 26, 2011

Astro First - KHURAFAT



Nie la aktiviti aku sefamilys di waktu hujung minggu ari nie....apalagi, kalau x melayan "movie" KHURAFAT nie..mujur la ada channel Astro First...tp kena la di charges RM 15.00 dlm bil nnti..TQ to mr hubby coz sudi "merelakan" bayaran tambahan.. kerelaan sendiri ok tnpa paksaan org lain!
Tntg movie nie, ok la..layan jugak la aku...aku bg ***3 bintang!*** Boleh??bangga jugakla citer dr pembikinan negara sendiri walaupun  hebat lagi citer org putih tu...(jgn mare ha...)
Jika dulu masa zaman cintan-cintun, kami layan jgk.movie2 nie kat pawagam la, tp disebabkan title sudah bertukar..sekadar layan di kaca TV la jawapnyer...eh2,rindu plak nak layan dpn skrin besor kat wayang tu, lagi-lagi sound system yang uh! kasi pecah 1 panggung...
Masih aku ingat lagi, kali terakhir kami layan sama2 kat wayang, masa citer TRANSFORMERS..masa tu si puteri tu ader skali la!!hehehhe....last2 si dia terlena di buai mimpi indah dlm panggung...cuma ibu ngan ayah layan smpai abis...sib baik x buat perangai...bagus la anak ibu nie!
Bila la gamaknyer nak bertandang ke situ lagi ek...cuma si putera kecik nie masih blum merasa suasana di situ...heehhehe di budak kecik lagi la..tunggu adik dah besor, boleh la ibu ngan ayah bawak ok.Sekarang bukan masa yg sesuai gitu!cepat la besor dik....ibu yg x sabar dah nie..

:
:
:
:
sekalung "trimas" buat ASTRO sbb sudi mengeluarkan channel utk movie2 di pawagam tu...x dapat nengok kat wayangpun tp janji dpt nengok kat dpn TV..tertanya-tanya jugak aku, naper la korang x tayangkan citer org putih gak...baru ler MELETOP!

Thursday, February 24, 2011

Naluri Hati Seorang Ibu

Ari nie..naluri hati aku sbg seorg ibu "tersentap"...mudah sangat airmata ini mengalir...lagi-lagi bila mmbaca kisah seorang bayi kecil di laman sebuah blog..mgkin, aku jugak ader naluri & perasaan sebagai seorg ibu kepada 2 org anak yg masih kecil..ya, aku mmg salah seorg golongan yang mudah sensitif..
Jom, luangkan sedikit masa di sini www.mayyonnizz.blogspot.com dan aku pasti kalian semua pasti tersentuh dengan bait-bait kata seorg ibu buat anaknya..Al-fatihah buat bidadari syurga, adik alanna..buat mummy alanna, kuatkan semangat & tabah menghadapi hari-hari yg mendatang..

*buat anak-anak ibu...sedetik, sesaat dan sehari ibu tidak menatap wajah kalian berdua..terasa kosong sangat kehidupan ibu..yg pasti, kalian berdua sentiasa ada bersama dengan ibu tidak kira di mana sahaja..kasih sayang antara kita tetap utuh & bersemi buat selamanya..insy.*




"ibu, sayang-sayang sgt!!!"

Tuesday, February 22, 2011

zaman muda-mudi!

Entah kenapa dengan tiba-tiba...teringat plak  kisah-kisah dahulu kala..dlm. erti kata zaman muda-mudi gitu @ zaman anak dara!rindu!Biler di flash back semula....ohhhhh!!indah-indah belaka....almaklum la masih di bawah pengawasan @ ketiak mak dan abah....kalau la ader "doreamon"..pasti, aku nak ulang kembali zaman dahulu kala....hehehhehe....(yerrr la sgt!...)
Dulu-dulu...aku berpindah randah...sbb abah bekerja sbg warder penjara...berhijrah la konon-kononnyer..so, ramai ler kawan di sekeliling ku...dan byk jgk pengalaman yg aku dpt biler berada di tempat baru & kawan baru..
Bermula tadika, di usia 5 tahun hingga  6 tahun, aku belajar tadika KEMAS di Penjara Batu Gajah, Perak..naik darjah 1 hingga lah darjah 6, aku plak bersekolah di SRK ST BERNADETTE'S CONVENT, Bt. Gajah...kiranyer dapat jadi org peghak!aku kan anak jati org "kome"....hehehhehe.
Form 1 hingga form 5 aku bersekolah plak di SEK. MEN. KEB. MERCHANG, Terengganu...ha!jgn tak caya, tiba-tiba dah berhijrah ker negeri tganu kiter!!"peteh ganu peteh....bkn apa, abah dapat bertukar ke penjara marang, Tganu...terrer jgk la aku ngan loghat tganu....tp yg pasti, PERAK ttp dihati!!!
Rindu ehhh...nak jumpa kalian semua..??masih ingatkah??



                                    





*cuba ler teka tang mana saya...???

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya......

TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.


AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
 
kesimpulan:***Buat baik biarlah berpada-pada,buat jahat jgn lah sekali-kali...inilah akibatnya..."sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!"
 
 
**ha!jgn tak tahu...perempuan sekarang nie berjiwa berani!!wa "tabik springgg" la..toing!toing!caya lah!

Friday, February 18, 2011

Happy Weekend Day!

eh..eh.. esok dah weekend day la...oh!, nikmatnya rasa..dapat bergolek-golek & bermanja-manja ngan si manis & si hensem-hensem tu! i like weekend day!!pasti  kalian semua teruja kan...jom-jom kita lepak bersama-sama ngan family tercinta..inilah masanyer... :)


* tapi, andai lah tiap-tiap ari adalah weekend day,,,ohhhhhhhhhh.....patutkah??hehehhehehe

Thursday, February 17, 2011

Demam kah aku ??

mood: sakit kepala + badan rasa seram sejuk + mulut rasa pahit
                             :
                             :
                             : : : : : : : : : : :  :
                                                 :
                                    = demam kah aku??hukhukhukhuk....


aiseyyyyy.....ari nie mood kurang baik...ntahla! " Ya, Allah..kuatkan semangatku ini!"

Wednesday, February 16, 2011

aksi-aksi si budak kecik!!

jom, layan nengok aksi-aksi si budak kecik nie!!dia dah pandai nengok kamera la..i'm already six months ok!









**tiba-tiba...tang aksi nie yg ibu suker...terer btol dia angkat kaki dan terus isap jari kaki...oohhhhh..nie sec. kebetulan ok, tiada apa-apa makna..hehehehhe ;p
The smooth consistency of Nestlé® CERELAC® Infant Cereal Rice & Soya helps your little one move from a milk-only diet to one that includes solid food.Now even better with BL Bifidus® and the combination of iron, Zinc, Vitamin A & Vitamin C nutrients which help strengthen your little one's natural defenses




Monday, February 14, 2011

Bosan

bOSAN??
yer aku tgh bosan....ermmm...situasi di opis yg semakin" suram", betambah-tambah lagi la "kebosanan" nie..nak buat kejer, semakin malas dan malas..ramai yg bercuti rehat.. :(

'Delete' 14 Februari Dalam Kalendar Minda Kita!

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.
Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.
Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Sunday, February 13, 2011

Doa Selamat, Tahlil & besday cake

Wow!!ari nie padat ngan aktiviti2 di jalan 31, taman jasmin....fuhhhhh...penat tp ++ happening.
Doa selamat + tahlil + besday cake...alhd...selamat semuanya...amin.
Berkat kerjasama antara kita...majlis berjalan lancar..sekalung penghargaan buat " puan ana" yg sudi menjadi chief!!sedap kak....burpppp..konyang den!
Majlis ni bermula jam 11.00 am...doa selamat & tahlil.... dan di ikuti jam 3.00 pm plak, aktiviti besday cake!!yeah...utk besday bln 1,2 & 3.2011...kami di raikan!!terharu beb..tq semua...walaupun simple..tp happening!bukan selalu dp berkumpul macam nie..maklum la masing2 sibuk ngan kojer-kojer yg tak abis2 tuuu..skali dpt berkumpul..ha.. nah!riuh satu taman!!!heheehhe..
Hopely, taun dpn kita kasi gegar lagi yer!!


                                                   "meleleh air liur" beb!!mmg terbaikkkk!!!


                                                "ceria" bersama kamo-kamo semua!!!

Saturday, February 12, 2011

Dapur tak "berasap"...

Pejam celik, pejam celik...jap jer masa berlalu...ari nie dah masuk ari cuti hujung minggu.. dan dah nak masuk lak pertengahan bulan Februari 2011..jap jerkan??
Minggu nie pun my dapur tak "berasap" la jawapnyer..hehehhehe (sukernya saya!! ;p)bukan "pemalas" ok..tp dtgnya rezeki dr Allah...alhd., minggu nie dapat makan makanan "FREE" yer ker free??hehehhehe...."save" la segala-galanya..dari gas, minyak ,bla..bla..bla..mr hubby pun memahami...(yer ker??)apalagi.."berbunga-bunga cinta " la si ibu auni & adi nie...(isshhhh....malas utk minggu nie jer yer...)
Jiran-jiran jalan 31 taman jasmin...mmg 'SPORTING'...alhd...dapat berjiran dgn kamo2 semua...moga ikatan silaturrahim antara kita semakin erat dan erat selamanya... :) tima kasih ya!!
kan "best" jika ari-ari begini.....free & free...mmmmm...mimpi ajer la cik eda oiii....tanggungjawap tu satu amanah dan ibadah...lagi-lagi utk si isteri & si ibu...beringat-ingat yer..yer, aku nak jadi seorg isteri & ibu yg solehah..janji-janji ku setelah lafaznya.."sah" aku mjadi isteri kepada mr Izwandy...btol-btol.. tak tipu tau!... dan insy..semua tu akan aku buktikan!!Insy.Allah...
yg pasti, minggu nie ari cuti utk dapur ku..yeah!! 'PEACE NO WAR'...

Friday, February 11, 2011

Renung-renungkanlah & selamat beramal

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Thursday, February 10, 2011

Kononnya la kan....

Adeyhhhh...camno la bleh tak "terjaga" nie..Kononnya lah kan..ari nie  nak "ganti posa" utk taun lepas tu...dah "berazam" nak bangun sahur pagi nie, tup-tup..adoi, tak terjaga plak.Dah "set" jam tu,kononnya nak bangun awal..heheheh..ermmmm..camno nie?azam tinggal azam.
Banyak lagi tu beb nak "ganti"...lagi 25 hari tu!!huhuhuhu...baru 5 hari ...aduh!susah bebenor nak tanamkan "azam" tahun 2011 nie.Almaklumla, awal-awal taun dah "berazam" macam-macam...list nak ganti posa niepun dlm tersenarai..tapi , ha! niela jawapan nya..kuang-kuang-kuang.. ;p
Apa nak buat, second baby lahir pada bulan puasa 2010..15hb Ogos.."baby ramadhan" gitu.hehehehhe, so nak tak nak x bleh la nak posa penuh...WAJIB ganti!

Jom-jom..moh kita pakat ramai-ramai ganti posa tu... insya-Allah, 1 Ramadhan 1432 jatuh pada 01 Ogos 2011..tak lama lagi tu... :)

Wednesday, February 9, 2011

SAMA tak kami??

ha!nie gambar anak-anak aku  masa kecil...auni & adi!
sama tak??cuba tengok btol-btol..tang mana yg sama ek???



*sebelah kiri tu auni & sebelah kanan lak adi.Comel kan??

                                                                                                                                                                        

Minggu sakit...oh NO!

huhuhuhuhuhu..demam, batuk , selsema???syuhhhhhh...pergila jauh-jauh...Minggu nie jugakla minggu "sakit" dlm. keluargaku..lagi-lagi pada anak-anak tersayang..tak terkecuali mr hubby..sakit kepala yer bang?
Hari nie, tiba-tiba plak aku fening2 dan ber ++ lenguh-lenguh badan....panadol oh panadol...saya perlukan kamo!!tiba-tiba terbayang aku jika berada di spa.uh!bestnya, jika badan-badan nie "diurut".Bila yer??Letih bebenor orghang peghak kate..
Adakah disebabkan "cuaca" yg tak menentu sejak akhir-akhir nie???ehh..ehhh...nak salahkan cuaca plak...ohhhhh..bukan "yer"!!no,no,no,..jgn salah tafsir...hehehehhe ;p
Kebetulan plak my loving daughter & son pun tak berapa sihat...sian ibu nengok...batuk + selsema...mmm..berbotol ubat dah sedia ada utk mereka.. ubat batuk + selsema+cair kahak + antibiotik... (byk ek??)moga2 cepat sihat yer sayang!ibupun dah rasa "tempiasnya"....adeyhhh!! :(

"Ya ALLAH, hindarilah aku dari sebarang penyakit, kasihanilah anak-anak ku dan suamiku.."amin.

*Jgn lupa yer kawan-kawan amalkan selalu "Selawat Syifa'" insy. akan sihat sediakala. Amin.*

Tuesday, February 8, 2011

ala-ala Versi "kasut tinggi"

Qistina: ibu, kakak dah jadi org dewasa...nanti ibu belikan "kasut tinggi" yer...
ibu: Ha?  (terkezut jap...hehehehe) kasut tinggi....???nanti ibu beli yer..insyaAllah..
Qistina: ok.Beli tau!
ibu: (tersenyum simpul si ibu.. :) )

kesimpulan**: wahhhh...si kakak dah dewasa....wink-wink** anak ibu nie baru nak mencecah 5 tahun..kanak-kanak ribena tuu..hehehehhe
ala-ala dewasa gitu..emmmmm dari mana la dia belajor  ek..??, ikut "stail" saper ek?? aku @ mr hubby..???ishhhh.....anak2 skrg..lebih "hebat"...kalah aku masa kecik2 dulu, nak mintak benda-benda cam gini, huh!pikir 2x tu...boleh ker mak dan abah beli..macam2 aku pikir...lagi-lagi abah tegas orgnyer dan mak plak garang orgnyer..kecut perut gue sigh!!

Monday, February 7, 2011

Off Day...= Rest Day..

One Sweet Day...Owwhhh...aku Off day beb!!cuti rehat utk ari nie sahaja!!dapat bersama-sama anak2 tersayang...cuma mr hubby jer kojer..aku sambung lagi utk 1 ari cuti CNY...hehehehe, jgn jeles yer!
biasa la...ruti harian di rumah..kojer ttp kojer....nak rehat???emm...tunggu anak2 beradu  baru ler boleh  goyang2 kaki sambil-sambil tekan2 keyboard komputer...lagi2 si budak kecik tu...makin mmbesar dan makin rancak aktifnya..huhuhuhu..
tghari nie, aku cuma masak sup ayam + ayam goreng + sayur kubis...ok, simple & sodap...(puji diri sendiri la plak...)hehehhehe....si kakak berselera makan.....nyum..nyum..sedap la bu!!tersenyum simpul plak si ibunya.. :P
penat..???biasala....tipula kalau x penat...apa2pun, heppy + bahagia bersama2 anak2 ari nie...yelah, kalau tak sibuk bekerja di opis, anak-anak plak dijaga oleh pengasuh..sian diaorg!ari nie, kita lepak sama2 yer anak2 ibu!


*ha, nie la aktiviti2 kami....jg jeles yer mr hubby... ;p "gaya, mutu ,keunggulan!!"


ha!adi zaim nganga mulut...hohoho..

                                                  
                                                      terbeliak mata nya tu....tapi ttp comel...

Sunday, February 6, 2011

My hero with bantal "lembu" comel....

Bantal lembu comel tak dpt dipisahkan....adi zaim ttp bersama2 dengannya.lebih-lebih lagi peneman di kala waktu beradu!ha!kalau takder..emmmm....tido adi pasti tak lena....Comel tak time adi tido nie???My hero tido dlm buaian....hehehehehhe





pegang  ekor pun jadi la..


dan akhirnya....hehehehhe  "my hero" tetap tido lena.

Pulang ke sarang semula ...:(

Jap jer..ari nie hari ahad bersamaan 06.02.2011...dan ari nie jugakla pulang semula ke sarang "kajang"...huhuhuhu tak sukanyer saya!Rutin harian akan bermula seperti biasa...dah xder dah nak bermanja ngan mak, terutama bab makan dan makan masakan mak...masak sendiri yer utk keluarga tercinta!ok, ibu akan bermula....hehehehe (macam la rajin sgt aku nie...)
Alhd...jalan clean & clear...keta mmg banyak dan banyak..almaklumla masing2 nak pulang semula ke tempat asal..heheheehe,mujurla tak"jem"...awal2 pagi aku & hubby serta anak2 bertolak awal...kononnyer lepas solat subuh, last-last kul 7.30 baru bergerak...janji melayu la tu!!hehehehe..berat rasanyaer nak tinggal familys di kg!!waaaa...rasa syahdu la plak..lagi2 pada anak buah baru..amani...xper nnti alang dtg lagi yer!pasti amani akan mmbesar dgn sihat & kuat!miss u all sgt!yg pasti, aku smpat gak makan sarapan pagi "nasi goreng" mak..siap tapau lagi!tima kasih mak!
tepat jam 11.45 pg...kami dah smpai ke sarang....hehehhee...utk lunch tengahhari, mr hubby dah siap tapaukan "nasi beriani"..fuyoooo..sodap!ha!rest utk 1 ari dapur x berasap lagi...kuang,kuang,kuang!dan bermulalah segalanyer!huhuhuu...kemas, bersih dan bla..bla,...bla...uh!4 hari tinggalkan sarang..paham2 jerla....nasib baik esok, aku masih ber"cuti"..bleh rest lagi.....tp, tugasan ttp diteruskan yer!huhuhuhuhu
Yg. pasti.."trip" kali nie...berjalan seperti biasa & menyeronokkan!!my heroin + hero pun x buat "perangai"..bagus anak2 ibu! sekalung penghargaan buat "my driver" yg setia bersama memandu ke kg...mr hubby cayang!"biar lambat asal selamat.."yeah!!!

Saturday, February 5, 2011

jit-jit semut.....sapa sakit naik atas....!!

Kelakar....mmg kelakar beb!sakit2 perut dibuatnya....mmg puas ati!!!"hantu kak limah balik rumah.....
hehehehhehe.....tgok kat astropun jadila.....beli jgn x beli..RM15.00.....dah macam dalam pawagam gitu!!jom,pakat ramai2 gelak...
berulang-ulang kali tgokpun tak bosan....riuh satu rumah mak dan abah.....hehehehhehe
Hasil nukilan "mamat khalid.." yg mmg.berbaloi-baloi....x rugi.....
Pas nie, kita layan sama2 eh!!jom, nyanyi sama2..::jit-jit semut..saper sakit naik atas, jit-jit semut saper sakit naik atas...

terlepas sudah rinduku....hehehehhe

Seronok...hepi....best oooo dapat balik kg...jumpa mak, abah, kakak, abg., adik, anak2 buah,pokok2, jiran2..hehehhehe...terindahnyer!!bukan selalu dpt berkumpul ramai2...biler dah berkumpul, perghhh..riuh satu rumah...poning2..opah ngan atuk!macam2 ragam...dari sekecik sampaila dah besor panjang....hehehehehe
walaupun cuma 4 hari dpt bersama....sekurang2nya,terlepas rindu nie....macam2 topik dibualkan, tak kira la topik di opis hingga la ntah apa-apa....bab gosip2 mmg. tak terhingga....mak2, ibu2, mama2,sentiasa ada topik2 panas!!oppssss....terlupa plak, org yg dalam pantang x leh nak join samer....sori yer..duk senyap2 nnti bentan...
Masak yer mak...masak yg sodap2....lama dah nak makan masakan mak!!rindu serindunya!!hehehehhe..anak mak weii....masak itu, masak ini...dan tak lupa dpt jumpa dekat2 ngan amani!!anak buahku yg baru tu!!yer..yer....dpt jumpa kita...alang sayang awak!
lepas nie...ntah biler la nak jumpa ramai2 lagi....bulan depan????hohohoho...jgn lupa booking cepat2 ehhh!!wahai suamiku..tggu "booking" ku!!kakakku dan kakak iparku..,nnti kita bergosip byk2 lagi yer....gurau-gurau senda!!sukernya saya.....hehehehehe..
Pasti nnti saya rindu sgt2 kat kalian semua..huhuhuhu...mak, abah jaga diri baik-baik yer!!

Wednesday, February 2, 2011

Eh-eh....Btol ker nie ha???

jgn x percaya ok!!layannnn...hehhehehe

ada sesiapa yg sama bulan kelahiran dgn saya???percayalah.....
*Setia pada segala-galanya.*wink-wink** i like....

Nasi Ayam "ESSO" On The Run...

Ha....nasi ayam esso???kat petrol pam esso la...aku ingatkan nasi ayam tesco...isshhh aparaaaa, ketinggalan btol aku nie..heheheehe. tak tahu la plak kat situ ader jual..barula ku tahu, tu pun member2 opis heboh2kan!almaklumla saya kan peminat setia pada shell + petronas jer..maaf yer esso anda tiada dalam list ku..
1st time aku makan....pergghhhhh..mmg sedap!!disebabkan "malas" tahap gaban nak kuar cari mkanan, mmber opis dijadikan mangsa tolong tapaukan.hehehhe..toce2!!lain kali bleh lagi yer!
bleh tahan gak rasanyer....(ker aku yg tgh kelaparan..???maklumla bfast ngan roti canai jer td....)

                nasi + ayam+ sup + sambal + air = RM 4.50...ok la....berbaloi-baloi!!

lepas nie petrol pam esso dalam senarai ku..tp bkn minyak yer..tp nasi ayam nyer!!hehehehhehe..mana la tahukan, tgh2 kelaparan..cpt + mudah...terus serbu ke esso...tggu yer esso!!customer baru sampai...
so, apalagi kawan2...jom! beli la.....anda pasti berpuas ati!!mantoppppp....

"touching" nya saya....

ari nie..tiba2, aku sedih sgt...ntahla...syahdu biler mdengar cerita itu....mmmm mgkin naluri & perasaan aku sbg seorg ibu kut..dan aku rasa korangpun akan terasa!!mudah sungguh air mata ini mengalir....
yer..aku memahami akan situasi itu..kalau aku ditempatkan...sbg seorg ibu, macam2 difikirkan..cuma, kesabaran & kuatkan semangat ubatnya..walaubagaimanapun DIA MAHA KUASA dan DIA lah MAHA SEGALA-GALANYA...insy, mgkin ada hikmah di sebaliknya.
aku tahu, dia cuma meluahkan apa yg tersirat di fikiran nya...malahan aku tahu dia mahu berkongsi rasa yg terpendam dalam hatinya....dan aku sekadar mampu mmberi kata2 semangat buatnya...yer, doa ibu akan dimakbulkan..insy. dik, ingat.."syurga ibu, ditelapak kaki ibu"!!itulah pengorbanan dr ibu namanya...
Mgkin, ini semua ujian dr-NYA....sbg insan biasa, kita harus redha di atas apa yg ditetapkan oleh-Nya..yer, DIA sayang pada kita...aku pernah  juga melalui situasi begini cuma berlainan situasi dr.nya...tiada sesiapa yg memahami, hy DIA sahaja yg memahami...org lain pandai berkata2...tp x rasa apa yg ku rasa!!cuma, satu jer yg aku pinta,,,fikir yg positif & kuatkan semangat...yer...aku redha!sentiasa dekatkan diri kepadaNYA..insy, segala urusan akan dipermudahkan olehNYA, amin.alhd, syukran ya ALLAH!
dik...dari jauh akak sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mu sekeluarga.. dan insy, NUR ADRIANA AMANI sentiasa dibawah lindunganNYA..amin..
"i'm proud with u dear!!"moga ikatan kasih-sayang kita bersemi buat selama-lamnya...

Tuesday, February 1, 2011

SEPI ITU INDAH!!

Ari nie...di opis sunyi sepi..ermmmm separuh dr staf kolej dah mula bercuti smpena cuti CNY nnti..aku plak masih bekerja seperti biasa..x sabar plak aku nak bercuti balik kg!!tik..tok..tik..tok..cepatla masa berlalu!!
jalan raya plak lenggang....xla sesibuk spt ari2 biasa...kbtln ari nie adalah ari cuti umum bg kawasan kl & putrajaya..tenang rasanya..hehehehe...wah!!seronokla org kl & putrajaya...cuma org selangor ari utk bekerja.Mr hbby dapatla merehatkan diri di rumah..uh!jelesnya saya...
kejer dan kejer...yer ker aku bekerja??dah macam separuh badan bercuti nie..emmmm suasana yg sepi di opis..begitu indah sekali..xla stress sangat!!hehehhehe kan best jika ari-ari begini...masih sempat utk aku melayan laman blog nie.jgn jeles yer!
Bab nak MAKAN..nie yg paling aku xsuka..mana xnyer byk kedai ditutup....so, terpaksa aku + mmber2 mencari-cari kedai makan...dan paling bengang tu, hrg makanan pun mencecah2 tingginya...uh!mmg lomah...mana x nyer sebelum nie..dapat hrg yg murah....almaklumla pelanggan tetap di Sally Corner...nak wat cmna, nak tak nak terpaksa jugak..utk minggu ini sahaja ok!huhuhuhu...kiranya "makan besar" jugak la sempena nak sambut CNY nie....hehehehehe.xper, minggu depan bleh "save budget" semula ok!
kepada kaum2 cina di sana, "happy CNY"...x lupa jgk wat kaum2 yg lain...selamat la ber'holiday'..hati2 memandu!aku jugak yg x sabar nak balik kg...oooo balik kg..ooo balik kg!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...