CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 22, 2011

aktiviti putera & puteri ku

Citer nie dah basi; tp sempat lagi aku paparkan kat sini...masih tak terlewat lagi kan...;p

Hari tue hari sabtu, weeknd dah datang semula; aku anak beranak tak ke manap, just lepak + guling-guling kat umah jer.Kebetulan hari nie jugak adalah hari "perintah berkurung" dlm kalendar malaysia..bkn apa, gara-gara perhimpunan BERSIH tu.kompim, korangpun sedia maklumkan.Dari duk kuar jln-jln + jem bagai nak rak, lebih baik duk umah jer...aman.tp hakikatnya, dlm hati nie meronta-ronta nak g jalan-jalan.kekkekekke.;p

Dah lama "berjanji" ngan kakak auni nak tiupkan kolam nie...kiranya dalam lama jugak tertangguh.bkn apa, kalau nak suh ibunya, minta maap la kakak, mmg ibu tak dapek nak nolong.seb baik ayah ada kat umah ari nie.Akhirnya...kolam kakak dah siap.tak la besar sgt; tapi utk mereka berdua..selesa jugakla.So, segala janji-janji tu dah tertunai!Suke bebenor kakak auni eh!




ha!nie la aktiviti diaorang...si adik mula2 kononnyer "takut";almaklumla x biasa mandi kat pool..tp lama2 si hero nie berani..senyum memanjang!suka dia main air...



masa nie gak mata si kakak kena "ketumbit"..tp nak mandi punyer pasal....layannnnn..;p


duk dalam pool niepun, si hero kena la pegang..kalau tak; kompim tenggelam + timbul...so, ibu la mjadi "pengawal keselamatan" dia hari tu...tgok tu, sukanyer dia ngan bola-bola tu..colourful gitu!


ptg tu jugak; ada yg join sama tp sekadar jadi pemerhati je...kat luar pool pun boleh layan..hehehhehe.nie la kawan-kawan kakak auni utk bermain. tp semuanyer dah senior. ;p


lama jugakla mereka berdua nie berendam..sehinggakan si hero tu xmo kuar...jenuh jugakla nak dipujuknya.. tp.last-last pujukan ibu & ayah menjadi..lain kali berendam lagi yer..


**suka tgok aksi mereka..yg penting; diaorg  sgt. happening!x dapat jalan-jalan cuci mata; berendam dalam pool pun dah OK!yeah!! ;)

Thursday, July 7, 2011

Hyeeeii, dah lama rasanyer aku tak menjenguk laman aku nie.Mgkin kesibukan yang melanda sejak akhir-akhir nie.Buat itu, buat ini...macam-macam lah yang perlu dibereskan.Tak menang tangan aku dibuatnya!Kiranya aku nie dlm. kategori  mood "jiwa kacau"...! ;(

Adusss; menci dengan situasi nie,lagi-lagi dengan kerja yg. tak abis-abis kat opis tu!
Apa yg aku nak citer eh?nak kata "HOT" story, xder la pulak...aktiviti-aktiviti macam biasa.

Cuma, ari tu, gastrik "mula" nak menyerang perut aku nie!huhuhuhu..dah lama tak merasa "penangannya"!tapi bila dah kena, ambik ko!sakitttt beb!!!
Nie bukan apa, gara-gara untuk proses " mengganti" semula yang tahun lepas punyer!Aku dah rasa "ngeri" dah nak bersalin time-time bulan posa nie!Cukupla sklai aku rasa kenikmatannya.
Bercinta plak aku nak ganti semua tu, tapi bila nak ganti...tak sangka lak "musuh" ketat aku nie datang! MC jugak lah aku sehari masa sakit tu!Terus terbantut jap nak menggantikan posa...Kesian kat aku eh!

Korang;
Bulan Syaaban sudah menjengah!ha, tak lama lagi kita dah nak mula menyambut bulan Ramadhan!Sekejap rasanya kan?Masa tu jugak mula la dok asyik memikir nak berbuka puasa dengan apa...lagi-lagi mula nak "merempit" dari opis ker rumah, bukan apa.. takut "jem" jalan tu. (macam la sangat aku nie duk kejer kat tempat jauh kan..kekkekekeke) 
aiseyyyyyy, yg penting skrg.cpt-cptlah posa aku nie digantikan semula!

ha!dlam bulan nie gak, baby hero aku tu pun dah mula menampakkan "keheroannya" itu...makin ligat nampaknya si dia!makin kurus la aku dibuatnya.Penat mmg penat tapi seronok melihat "keletahnya" tue..
Satu perubahan telah berlaku, si dia dah pandai duduk sendiri rupanya!10 bulan baru nak pandai duduk sendiri...ingatkan terus berjalan..so, apa lagi, asyik duk "giler" nak duduk jer la!kekekkekeke comel gitu!Ibu tak sabar nak nengok si dia pandai berjalan!tapi tak dapat aku bayangkan...kompim lagi ligatkan?dah namanya hero, satu rumah akan 'dikongkernya'.huhuhuhu.

dan yang paling BEST sangat;
citer si kakak auni pulak, alhamdullilah berkat usaha dari kakak akhirnya berbaloi!keputusan peksa kakak dah diterima oleh ibu dan ayah.Syukran, kakak mendapat tempat pertama dalam kelas.Ibu ngan ayah sangat berbangga dengan awak!Moga awak terus bejaya pada masa akan datang.kekalkan prestasi nie sampai bila-bila!InsyaAllah..amin.


ok, jumpa lagi eh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...