CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 7, 2011

Hyeeeii, dah lama rasanyer aku tak menjenguk laman aku nie.Mgkin kesibukan yang melanda sejak akhir-akhir nie.Buat itu, buat ini...macam-macam lah yang perlu dibereskan.Tak menang tangan aku dibuatnya!Kiranya aku nie dlm. kategori  mood "jiwa kacau"...! ;(

Adusss; menci dengan situasi nie,lagi-lagi dengan kerja yg. tak abis-abis kat opis tu!
Apa yg aku nak citer eh?nak kata "HOT" story, xder la pulak...aktiviti-aktiviti macam biasa.

Cuma, ari tu, gastrik "mula" nak menyerang perut aku nie!huhuhuhu..dah lama tak merasa "penangannya"!tapi bila dah kena, ambik ko!sakitttt beb!!!
Nie bukan apa, gara-gara untuk proses " mengganti" semula yang tahun lepas punyer!Aku dah rasa "ngeri" dah nak bersalin time-time bulan posa nie!Cukupla sklai aku rasa kenikmatannya.
Bercinta plak aku nak ganti semua tu, tapi bila nak ganti...tak sangka lak "musuh" ketat aku nie datang! MC jugak lah aku sehari masa sakit tu!Terus terbantut jap nak menggantikan posa...Kesian kat aku eh!

Korang;
Bulan Syaaban sudah menjengah!ha, tak lama lagi kita dah nak mula menyambut bulan Ramadhan!Sekejap rasanya kan?Masa tu jugak mula la dok asyik memikir nak berbuka puasa dengan apa...lagi-lagi mula nak "merempit" dari opis ker rumah, bukan apa.. takut "jem" jalan tu. (macam la sangat aku nie duk kejer kat tempat jauh kan..kekkekekeke) 
aiseyyyyyy, yg penting skrg.cpt-cptlah posa aku nie digantikan semula!

ha!dlam bulan nie gak, baby hero aku tu pun dah mula menampakkan "keheroannya" itu...makin ligat nampaknya si dia!makin kurus la aku dibuatnya.Penat mmg penat tapi seronok melihat "keletahnya" tue..
Satu perubahan telah berlaku, si dia dah pandai duduk sendiri rupanya!10 bulan baru nak pandai duduk sendiri...ingatkan terus berjalan..so, apa lagi, asyik duk "giler" nak duduk jer la!kekekkekeke comel gitu!Ibu tak sabar nak nengok si dia pandai berjalan!tapi tak dapat aku bayangkan...kompim lagi ligatkan?dah namanya hero, satu rumah akan 'dikongkernya'.huhuhuhu.

dan yang paling BEST sangat;
citer si kakak auni pulak, alhamdullilah berkat usaha dari kakak akhirnya berbaloi!keputusan peksa kakak dah diterima oleh ibu dan ayah.Syukran, kakak mendapat tempat pertama dalam kelas.Ibu ngan ayah sangat berbangga dengan awak!Moga awak terus bejaya pada masa akan datang.kekalkan prestasi nie sampai bila-bila!InsyaAllah..amin.


ok, jumpa lagi eh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...