CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 22, 2011

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya......

TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.


AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
 
kesimpulan:***Buat baik biarlah berpada-pada,buat jahat jgn lah sekali-kali...inilah akibatnya..."sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!"
 
 
**ha!jgn tak tahu...perempuan sekarang nie berjiwa berani!!wa "tabik springgg" la..toing!toing!caya lah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...