CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 21, 2011

Bidadari Syurga

Al-Fatihah buat Nur Adriana Amani..Tuhan lebih menyayangimu sayang..

Pukul 3.30 pagi tadi, aku menerima panggilan telefon dr abah...rupanya amani sudah pergi meninggalkan kami semua!Ya Allah..hy tuhan yg tahu perasaan aku tika tu...dan serta merta aku teringat pada adik...Pasti tika ini dia dalam kesedihan!Sabar yer dik, kami semua jugak amat terasa kehilangannya!akak memahami perasaan awak..Redha di atas ketentuanNya ini..yg pasti amani akan menanti mama & baba nya di pintu syurga.Insy..

Selepas solat subuh, aku, hubby & anak-anak bertolak dr kajang ke manjoi(rumah mak mertua adik)Adik telah maklumkan yg amani akan dikebumikan pada jam 10 pagi..Ya Allah, permudahkan perjalanan kami ini..Harapan aku hy satu,aku benar-benar ingin menatap wajah kecil itu buat kali terakhir..aku amat rindu padanya!

Alhd..syukran Ya Allah.kami slmt sampai di sana jam 9.30 pagi..aku dapat melihat wajah kecil tu.!sungguh..aku x dapat menahan kesedihan ini..lebih-lebih lagi menatap sekujur badan anak kecil yg tidak bernyawa lagi!Sayang..Allah lebih menyayangimu!!bersih & bersinar-sinar raut wajahmu..yg pasti dia kini penghuni salah satu taman syurga!Bidadari syurga...moga dia  bahagia & tenang di sana.

Buat mama & baba amani...tabah & kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan ini dan ingatlah kita juga akan myusul ke alam seterusnya.Hidup & mati di tangan tuhan.

"Sayang amani..meskipun dirimu hy dipinjamkan buat kami setakat 51 hari sahaja..kenangan bersamamu tetap akan kami kenangkan.Kami akan sentiasa merindui kamu selalu!Senyuman & tangisan mu masih segar di ingatan!Salam sayang dr kami semua.." 29.01.2011 - 20.03.2011

Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...