CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 17, 2011

ulser mulut!

Hari nie, aku memang tak senang duduk ++ susah btol nak bercakap!adoiyai...ulser mulut telah menyerang!Agak jarang jugak aku kena penyakit nie!tp. bila dah terkena...pedih ooo!Lagi-lagi masa utk makan, walaupun perut dah rasa lapar..terus terbantut selera ku!memang menyeksakan diri nie..(ngada-ngada pulak eh!)
Bab bercakap lagi la..kiranyer utk ari nie sahaja percakapan ku pun agak kurang jelas..dlm. erti kata lintang-pukang jugak lah!ntah apa-apa yg aku sebut..bukan apa, gara-gara ulser nie jugak!Hari nie, aku lebih byk berdiam diri dr bercakap!wahhhh...sopan gitu!Dlm masa yg sama aku menahan jugak sakit nie!errrghh...cepat-cepat la sembuh ulser ku!aku nak makan makanan yg sodap-sodap..

Betol ker, org kata ulser nie disebabkan kurang minum air..yer ker?Tak silap aku, tiap-tiap hari aku bwk bekal air masak dr rumah..tiap-tiap hari pasti abis aku minum & akan di top-up semula utk hari esok pula!kiranya aku nie golongan yg kuat minum air jugak tau!

ha!nie ler ulser mulut.. gmbor nie bkn hak milik terpelihara ok, nie aku copy & paste..hehehehe


Nie  antara maklumat yg aku dpt dr. internet..jom sama-sama kita layan jap:

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan,  tekanan, atau kurang rehat.

Ulser ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser tadi.
Tanda-tanda Ulser
Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :

* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka
Langkah Pencegahan
Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah/menyembuhkan ulser :

* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan

Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari 3 minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...