CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 16, 2011

Tabahkan Hatimu DIK!

Minggu ini bagi aku tak la seceria hari-hari yg lalu..lagi-lagi tentang berita sedih yg terpaksa aku sekeluarga terima mengenai keadaan anak buahku sekarang yg kini terlantar di hospital Ipoh..Di dlm hati & fikiranku kini hy pada dia, NUR ADRIANA AMANI..masih teriang-iang suara tangisan dr nya...tika tu, kami tak tahu apa yg terjadi padanya.rupa-rupanya dia menanggung kesakitan!
iya, aku kini amat merinduinya..sangat-sangat ya ALLAH!sehingga suara tangisannya telah di bawa dlm mimpiku!Andai tika ini aku ada sayap..pasti akan aku pergi bertemu dgnnya disana..memeluk & mencium dia sepuas-puasnya!aku tahu dia kini menanggung kesakitan yg amat sangat!

Ptg tadi aku dapat perkhabaran yg amat mengejutkan dr adik...amani kini ada masalah pd jantung kirinya..hasil pemeriksaan dr doc ia sgt serius!Ya Allah..lindungilah anak kecil itu...kasihan aku padanya!begitu hebat ujian drNYA pada dirinya...kini amani telah begantung sepenuhnya pada oksigen yg paling kuat melalui tiub yg disalurkan ke dlm mulut sehingga ke paru-parunya!seksanya dia ya Allah!!Mudahnya air mata ini mengalir...mungkin kerana aku juga seorg ibu yg mempunyai anak-anak...bkn mudah utk melalui semua ini lebih-lebih lagi tentang ANAK!anak-anaklah permata hati!

Dik, tabahkan hatimu!ini semua ujian drNYA...mgkin ada hikmah di sebaliknya.REDHA di atas ketentuan dr NYA..Emak, abah dan kami semua sentiasa ada bersama-samamu walau keadaan sekalipun!Dik,kita hy meranc.semua ini tp. hy. DIAlah yg menentukan segala-galanya!Doa kami sentiasa mengiringi amani...

*buat amani sayang...mama, babah, opah , atuk & kami semua di sini sentiasa mendoakan yg terbaik buatmu!kuatkan semangatmu sayang!hadapilah ia dengan tenang..semoga ALLAH sentiasa melindungimu.amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...