CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 14, 2011

Saat-saat mencemaskan!

mmg MENCEMASkan!..
weekend day , aku & mr hubby with anak2 balik bercuti ke kg ku!!Kebetulanpun, mmg ada kenduri doa selamat di rumah mak & abah..yeah!...hepi dpt berjumpa org kg lagi!terutama anak buahku itu..nur adriana amani..jumpa alang lagi  yer sayang!sebelum tu..mmg aku dpt berita dr adik aku yg anaknya, amani kurang sihat...sangkaan ku mungkin demam biasa saja..al maklum la skrgpun cuaca x menentu..

 "kami"on the way to balik kg!ujan lebat di highway...

si boboy  sedang tido dgn lena....


Rupa-rupanya  pada ari khamis malam lagi...amani mula menunjukkan sesak-sesak nafas..lebih2 lagi  masa tengah tido..ntah apa sebabnya.. mgkin.ada sesuatu yg tak selesa pada dirinya..cuma dia tak dpt mampu berkata sakit yg ditanggungnya itu..risau btol mama amani , opah & atuk dibuatnya..kasihan anak kecil nie!dia jugak kurang utk minum susu dan tido dengan lena.kebetulan babahnyer belum balik bercuti dr bertugas dr kelantan..sian mama amani..sabar yer dik!mgkin ada hikmahnya...
Hari sabtu pagi (12.3.2011), aku dan hubby membawa amani ker hosp. Al-Ridzuan, ipoh dengan ditemanai mamanya...mmg kami kasihan melihat keadaannya...disana, doc telah memeriksa dan keputusannya..amani kena jangkitan virus!terus doc. masukkan gas(oksigen) pada nya..tp. yg peliknya amani tak kena tahan wad!knp yer?Doc. cuma bagi ubat lelah, batuk & antibiotik!itu saja..
Amani masih macam tu jugak...tiada perubahan pada dirinya..cuma dia muntah keluar kahak yg banyak..nafasnya masih tersekat-sekat.. dan tidornya masih tak lena.Kenapa yer sayang??ya Allah,sembuhkanlah anak kecil nie...tak sanggup aku melihat keadaanya!seksa dia menanggungnya..
Hari ahad (13.3.2011)..pagi tu, amani tetap bgitu...masih tiada perubahan.Tengahari tu, aku & adik keluar ke pasaraya yg berhampiran utk membeli barang2 amani..mak yg tolong jaga amani di rumah..Lagipun selepas zohor nnti aku akan pulang semula ke kajang.
Sampai di rumah, mak bagitahu pada adik tadi amani muntah 2 kali...tp tak keluar kahak..adik risau!ya, kamipun semua risau...adik dapat rasa amani sangat lemah.. dan amani mula sesak nafas!aku sendiri melihat keadaan dia!mmg seksa!nafasnya makin kuat  sangat!adik mula menangis!tanpa membuang masa mak suruh bawak jugak amani ke hosp. sekarang!terus hubbyku mmbawanya ker KPJ ipoh specialist..aku & boboy ikut sama..cuma kakak auni & abah tinggal di rumah..mmg mencemaskan!
Dlm kereta amani menangis tanpa henti..ya ,Allah..hy tuhan yg tahu keadaan dirinya masa itu!sedih & seram sejuk aku dibuatnya..macam-macam aku fikirkan!...adik mula menangis!mak terus mmbaca ayat-ayat kursi..kata mak"apa2pun adik kena redha."..hubby terus pecut bwk kereta dgn isyarat lampu kecemasan dipasang!ya Allah...masing2 risau...permudahkanlah segala-galanya!
Sampai di hosp. (bhg. kecemasan) amani diambil dan terus di masukkan gas oksigen..dia di pantau oleh doc. pakar dan nurse!cuma mak dan adik pergi melihat amani...kasihan dia!menjerit-jerit menangis!tak sanggup aku mendengarnya!aku cuma mmpu bg semangat pada adik.."sabar dik, kita hy meranc. tp hy tuhan yg menentukan semuanya!"insy.semua akan selamat!sama-sama kita berdoa..
Hasil pemeriksaan doc..amani kena jangkitan virus!ya,paru-parunya sangat lemah!tenat sangat!bibirnya mula biru..Ya Allah!terkejut kami mendengarnya...satu-satu ujian buat amani!lemah lutut aku dibuatnya!adik mula menangis!Airmata ku turut mengalir!sabar dik...byk-byk berdoa!insy...semuanya akan selamat..akak memahami perasaan awak sebagai ibu!bkn mudah utk kita terima kenyataan nie...ini semua ujian dr.Nya..
Alhamdulillah...amani mula menujukkan reaksi yg positif!doc memberitahu dia sudah mulai stabil semula!cuma dia tak boleh minum susu lagi, cuma masukkan air sahaja.alhd...syukur ya Allah!gembira sangat!tp amani kena dipindahkan ke hosp. besar ipoh!sbb. di sini, tiada alatan yg cukup utk merawat dia!adik bersetuju dgn pendapat doc dan amani terus di bawak ke sana dgn menaiki ambulans..adik ikut sama..
Di hosp. ipoh..amani di masukkan ke dlm NICU..dia dipantau oleh doc. & nurse..dia di asingkan dengan adik..adik tido di katil lain..dan amani dimasukkan oksigen lagi..seksanya dia ya Allah!Lindungilah anak kecil nie..
Tadi, aku dpt khabar berita dr adik yg. amani sudah semakin stabil..Alhamdulillah!alang gembira sangat!

amani with her mama.."please PRAY for NUR ADRIANA AMANI.."

~Semoga amani cepat sembuh & cepat keluar dr hospital..alang sekeluarga sentiasa mendoakan buatmu sayang!alang sentiasa merindukan awak!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...