Nak yakin diri dlm melakukan sesuatu perkara...uh!berat tu nak pikul...boleh ker?mampu ker?adoiyaiii..susah dan mencabar nie...korang semua pasti pernah alami kan??
aku jugak pernah mengalami situasi begini,kadang-kala "stress" + "jem" dibuatnya..tak kira la dimana-mana pun.
Jom, kita cuba amalkan tips-tips di bawah nie..Insy. semoga dipermudahkan.amin..
10 Tips Mewujudkan keyakinan diri :
v .Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya
v .Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
v ]Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
v Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
v Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
v Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
v Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
v Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
v Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
v Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.