CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 4, 2011

Satu Penceraian Setiap 15 Minit ...Nauzubillah..


Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,"

Fikirkanlah!

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Thursday, March 3, 2011

Pokok Rama-Rama @ Kupu-Kupu


 Ha, nie la pokok rama-rama.Korang pernah tengok tak??cantikkan??cuba tengok kat bentuk daun tu..cam rama-rama !Unik kan?..Kali pertama aku jumpa bentuk daun macam nie...warnanya pun menarik..warna ungu...jarang nak jumpa pokok-pokok macam nie..



Bunganya pun menarik..comel sebab kecil dari daunnya...

**foto-foto nie aku celok dr internet yer..** tp yg kat bawah nie..ORIGINAL..hak milik terpelihara.

                                                                          : :
                                                                          : :
                                                                          : :

aku jugak salah seorg peminat pokok nie...Jgn tak caya, pokok nie aku tanam sendiri kat umah tau!tp. ia baru nak membesar..Alhamdulillah...kalau nak tahu pokok nie kakak aku yg perkenalkan pada aku masa aku balik kg.terus aku terpikat debommmm!!nie la hasilnya....


Nie ler bunganya..eh-eh..bunga dia dah tak kembang la..mgkin malu kut,sbb kamera ambik gmbor..;p


TAPI kan bila dah malam..mula la daun-daunnya menguncup...tak mengembang macam biasa...cuba korang tengok nie...


sesiapa yg suka menanam pokok bunga tu..apalagi cuba la tanam pokok nie yer..Selamat mencuba!

H1N1 kembali???

Pelajar sekolah antara tiga korban H1N1 tahun ini

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Kajang antara tiga orang yang meninggal dunia akibat H1N1 tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pelajar perempuan itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam, dan dibawa ke sebuah hospital swasta setelah pengsan selepas berjoging pada 22 Februari lalu.

"Dia kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur sebelum meninggal dunia pada 24 Februari. "Ujian pengesahan virus melalui PCR pada 25 Februari mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Liow berkata, langkah kawalan telah diambil seperti memberi pendidikan kesihatan membasuh tangan dan etika batuk manakala pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala influenza dinasihatkan tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

*uit, kawasan kajang???grrrr...terkejut beb!,ingatkan dah"hilang"..rupa2nyer masih ada.
owhhhh..NO more g jln-jln??baru nak planning... ;(

Pembiakan nyamuk AEDES pembawa wabak DENGGI!!!

109 Lokaliti Wabak Denggi Dikesan :

Sebanyak 109 lokaliti wabak demam denggi dikesan di 30 daerah di seluruh negara bagi tempoh 20 hingga 26 Feb lepas, dengan sembilan daripadanya merupakan "kawasan panas". Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata enam "kawasan panas" itu ialah di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Johor.
"Kawasan panas" di Selangor ialah di Kampung Baru Sungai Terentang, Taman Tun Teja Apartmen Rawang, Taman Muhibbah Rawang, Selayang Baru K4 dan Apartment Bandar Country Homes yang terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang, manakala satu lagi ialah Taman Ukay Perdana (Zon 2) di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kawasan panas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah di Taman Miharja dan RKAT Ampat Tin, manakala di Johor ialah Kampung Pasir.
Dr Mohd Ismail berkata kadar pembiakan nyamuk Aedes masih tinggi dilaporkan di kawasan hot spot dan beliau meminta ketua masyarakat menggerakkan penduduk setempat untuk melaksanakan aktiviti gotong royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes kepada 430 kes bagi tempoh 20 hingga 26 Feb dengan satu kematian, iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun dari Johor yang meninggal dunia pada 23 Feb selepas seminggu dijangkiti denggi.
Dr Mohd Ismai berkata lima negeri yang menunjukkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh sama ialah Selangor meningkat sebanyak 16 kes, Perak (15 kes), Pahang (lapan kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Negeri Sembilan (dua kes).

***cuba korang check2 kws. panas di Selangor tu....eh-eh umah korang ker??
       takutnyer....sila CEGAH, SEBELUM PARAH!errgg..kwsn Taman Jasmin, kajang
       pun zon bahaya tu...
       baru-baru niepun umah aku dah di spray ngan asap ubat tu!!adussss...kes dah meningkat nie.

Wednesday, March 2, 2011

Saman Trafik

17.3 juta saman yg gagal dijelaskan akan disenarai hitamkan mulai hari ini.Oh my god!!ini bukan main-main dah, tp realiti beb!grrrrr..menakutkan..Bayangkanlah daripada 49.4 juta saman telah dikeluarkan dlm tempoh 10 tahun, cuma 31.9 juta saman sahaja yg telah dijelaskan sehingga semalam.wow!ramai lagi tu....camno tu kalau dah disenarai hitamkan...

Di saman...saper nak beb!grrrr...takut!alhd. la setakat nie rekod ku "bersih"..harap-harap aku tak disenaraikan..tahap kelajuan memandu ku masih tahap sederhana, tp tipula.. ader jugakla..terlaju, telanggar dan ter..ter..la lagi-lagi kalau dah terlambat nak pergi opis..bkn apa, takut di saman plak di opis utk bulan dpn!(kad hijau tu..)

rasa-rasanya apa la simptom-simptom yg ada pada rakyat malaysia yg susah sangat nak bayor saman nie yer?lagi-lagi yg suka buat bayor "last minute"??cer korang bagitau skit...


tolonglah ingat selalu..:
                                   Pandu dengan cermat. ingatlah orang tersayang!

                                                                 

PANASsss!!

saja jer nak kasi panasss utk ari nie..walaupun hakikatnya, CHELSEA dah menang game pagi td!!wiiiiiieeee..suka-suka.congrates la kat korang-korang semua...saper geng "the BLUES"??aku lah salah seorg drp.nya... ;p
utk wrga penyokong team MU..sila terima hakikat ok."PEACE NO WAR"!kekekkeke

keputusannya:
Chelsea tewaskan United 2-1 ..

Tuesday, March 1, 2011

welcome MARCH 2011

Mac kini muncul ..bulan yg dinanti-nantikan buah hati ku "my princess"!!menghitung hari utk special day katanya..geli hati aku dibuatnya..everday, she almost remind me..."ibu, jgn lupa ok on 09th march!!"ohhhhh...dah pandai dia yer!!
planning and planning...esp. about present to my princess...mr hubby,any idea plz??hurmmmm...apa yer nak bagi pada budak comel tu.??


nie la budak comel dan cewek nie...jap jer awak makin mmbesar kakak!

list hadiah permintaan dr dia buat ibu and ayah (ayah, plz take note ok. ;p) ;

i) KEK yg ada gambar princess!
ii) Kasut TINGGI yg mjadi idamannya sejak akhir-akhir nie..
          and
the last item, basikal stroller tu....dia mintak sejak last year lagi.

TASTE yg tinggi btol..huhuhuhu..ginilah, anak2 zaman sekarang.ibu pun kalah!

**nnti ibu and ayah, kaji-kaji dan timbang2kan dulu yer kakak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...