CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 21, 2011

Saat-saat KEBOSANAN

Di saat-saat KEBOSANAN...inilah hobi utk aku mengisi masa lapang.Dah tak tahu nak buat apa, lebih baik aku lakukan aktiviti yg tak "SEMENGAH @ SPESEL" sgtpun.hehehhehe.Utk hiburkan hati nie jugak..ngeeee ;p

Kalau kat rumah, niela aktiviti aku lakukan..MENANAM POKOK BUNGA.wah!! kelas gituuu..
Sekurang-kurangnya, sedap mata memandang dan hatipun akan tenang.aceh..aceh..iyor sgt la tu.Sekurang-kurangnya ada gak "pewaris" makcik mah nie.. ;)

Seriously, bila hasil tanaman pokok bunga yg ditanam membuahkan hasil...(bkn hasilnya, utk dimakan ok.)lagila hati makin berbunga-bunga..;p dan yg paling bahagia, bila org duk memuji.."wah,cantiknya pokok!!"..
kelasss ko jahhh..hehehhehe.

Kalau nak tahu, makcik mah pun suka bebenor mananam pokok-pokok bunga..macam anak nya jugak.Dan aku jugakla yg jugak selalu "merembat" pokok bunga mak kalau balik kg.hehhehehheeh..Mak pun dah paham sgt la!so, dont be jeles eh wahai adik-beradik ku...ngeeeee ;p


Inilah hasil-hasil HOBI ku...jom, layan jap. ;p


*aku lebih berminat tanam pokok berdaun jer...sbb senang nak mmbesar, tp ada jgk pokok berbunga yg aku tanam, cuma tanam pokok bunga kertas jer..senang sgt nak jaga.hehehhehe ;p ( x upload gmbarnya la plak, bkn apa nun di luar pagar.)



*ha, tgok..nie pokok keladi peberet aku, masa mula2 aku "rembat" dr kg kecik jer, tp skrg..mmbesar sihat & kuat!lagi2 kat bentuk daunnyer..cantik!


satu lagi, hobi aku suka penggumpul fresh-magnet..ha!tengok kat peti ais kat umah nie....penuh jugak la.lagi-lagi kalau beli kat tmpt-tmpt yg aku pergi makan angin.suka beb!memang  cantik + menarik..tp kalau hilang @ rosak memang "berderau" jgkla darah nie..nasib baik anak2 + hubby memahami..;p






kalau kat opis plak, aku suka mengumpul key-chain..suka sbb tertarik ngan bentuk nyer..lagi-lagi kalau dr over the sea..biler g makan-makan angin , kompim benda nie yg aku "rembat" dulu!konon-kononnya nielah buah tangan dr jauh.

cantikkan? ;)



p/s;*kalau korang-korang g jalan2, jgn lupa beli key-chain dan kasi kat saya tau! x lupa pada fresh-magnet. i likeeee ;p



tapi yang paling syok,  di saat-saat aku kebosanan...; 
                                         

dapat bersama-sama dgn buah-buah hati pinggiran jantung nie. 
Terus hilang rasa bosan ibu!lagi-lagi bila dapat g jalan-jalan, kan ayah?



Thursday, September 8, 2011

~GREY Version Raya 2011

Alhamdulilah, masih dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki..dapat juga kami sekeluarga meraikan AIDILFITRI kali ini bersama-sama lagi..

Kalau di tahun lepas, aku duk sibuk berpantang melahirkan si Hero tu..dan langsung xder peluang nak "meratah" rendang, lomang lagi-lagi menu makanan di hari raya...lagi sedih bila "di perintah BERKURUNG" dalam rumah sambil pakai tshirt + kain batik dan x lupa stokin di kaki..adik-beradik lain plak duk g jalan-jalan cari makan + duit raya!ishhhhh..sedih beb bila dikenang semula.Nak tak nak, layan perasaan sorang diri sambil telan air liur.. ;(

Utk sambutan kali nie..yehaaaaaa...aku menebus semula @ qada' kan apa yg aku tak nikmati dan rasai..perghhh...mmg tak melepaskan peluang.Lagi-lagi si hero dah mencecah setahun..so peluang beraya ke sana sini tiada halangan.Bagus btol anak-anak ibu nie!

Kali nie kami sekeluarga beraya di rumah mertua di Dengkil.Perjalanan dari kajang ke sana...tak payah nak citerla..tak panas bontot  lagi dahpun sampai...hehehehhehe.Semua keluarga ipar berkumpul beraya bersama-sama dgn mak dan abah mertua.Riuh satu rumah bila sudah berkumpul ramai-ramai.Yg paling best, bila berkonvoi beraya ke rumah sanak saudara..lagi SYOK bila anak-anak dapat duit raya.ibu dan ayah tumpang gumbira! (ada makna ka tuuuu? ;p)Tertiba aku teringat masa zaman kanak-kanak dulu...seronokkkkkkk sgt2!

Tema kali nie mr hubby memilih GREY Version utk kami anak-beranak...aku layankan ajer,asalkan bajuku sudah dibeli...wahhhhhhh suka gitu, nice & sweet ;p TQ my dear.


Pagi-pagi raya, slps pulang dari solat raya sudah mjadi kewajipan kami sekeluarga...saling maaf- memaafi.akupun tak melepaskan peluang bersalam-salaman. terutama sekali pada mr hubby.. ;)


smbil disaksikan oleh si kakak dan adik.. ;p
control sedih wlpun hakikatnya airmata dah bergenang..

 auwwwww...in LOVE ;)

turn kakak auni  pulak.



permata hati kami berdua."my encem & my sweet"





keletihan sampai tertido si hero tu...penat yer.



akhirnya, dapat jugak kami anak beranak merakamkan potrait sekeluarga di pagi raya.susah btol nak suh si hero nie tangkap gambar.berpeluh-peluh ibu dan ayah dik!yg penting, kopiah di atas kplnya ttp maintain.hehehehehe. ;p

GREY version raya 2011
~IWAN 's Family~



Friday, August 26, 2011

Salam AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat kalian semua dari kami sekeluarga .Mohon ampun maaf zahir & batin.Semoga gembira dan bahagia selalu di pagi syawal.Hati-hati memandu ketika pulang berhari raya...

dr kami: Eda, Iwan, Auni & Adi.


*Jemputlah datang ke rumah.

Tuesday, August 23, 2011

1st besday boboi ~MUHAMMAD ADI ZAIM!

 pejam celik, pejam celik...si budak kecik nie, my little encem boy dah besor!!yeahh!!umurnya sudah setahun.
"HEPI BESDAY my dear!" semoga menjadi anak yg soleh...ibu, ayah dan kakak auni sentiasa menyayangi awak!!

15.08.2011 bersamaan 15 ramadhan..tarikh keramat buat si dia..masih segar di ingatan aku nie (tertiba nak flash back ;p) ingat lagi...masa tu;
org lain duk sibuk posa.lagi2 kat nurse-nurse kat spital kajang tu.aku plak duk menahan sakit nak bersalin...tanda-tanda aku nak bersalin lak xder kuar darah @ air ketuban..yang bestnya aku sakit cam nak buang air besor..sebelum tu, asyik ke toilet jer aku dibuatnya.ingatkan salah makan, rupanya tanda nak bersalin.kekekekke.. mujur mak ada kat umah masa tu..dialah yg paksa aku g spital...kelakar plak biler ingat time tu!


alhamdulillah, budak kecik nie selamat kuar dr perut ibu nie jam 4.25 ptang, beratnya 3.1 kg..besor gak eh!ingat lagi, time tu ujan lebat kat luar..hehehheh sempat gak aku terpandang jendela luar wlpun tgh sakit nak beranak. ;p yg penting, semuanya sudah selamat. amin.dan masih segar di ingatan.. time nie aku x posa!!29 hari aku kena ganti posa..perghhhhh...pengalaman ngeri beb! ;p



Sekarang, budak kecik nie dah setahun...tp blum lagi pandai berjalan...gigi depan dan atas dah 8 batang..ibu tak sabar nak nengok awak berjalan + berlari + melompat2 +++ (x dpt bayangkan..kompim, satu umah macam kapal karam nnti! ;p)



jom, layan jap gambor-gambor si dia~ ;

nie masa dia lahir...alahaiiii..lain bebenor raut wajahnya..;p


selepas di botakkan rambutnya...wahhhh!!


bila dah pandai meniarap...


pandai dah naik walker tuuu..;p




tadaaaa...
INI lah dia yg "terkini"!







** rindu plak masa tgh 'pregnant'!Wahhhh.. ;p 

Monday, August 15, 2011

Puasa ke-13

Puasa ke -13, aku ambil kesempatan balik ke kg..utk sama-sama berbuka posa dgn mak, abah dan adik-beradik yg lain.seronok sbb kami dapat berkumpul adik-beradik, lagi-lagi dapat makan masakan mak! Rindu sesangat!!Beginilah anak perantau...tiap masa dan detik, pasti masakan mak ttp mjadi rinduan!

Taun nie berposa bersama agak terhad..aku tak dapat bercuti yg agak lama utk bersama-sama berbuka ngan mak dan abah.sedih wehhhh!! Kebetulan pulak, tahun nie "turn" raya pertama di rumah mertua...adatlah kalau sudah berkawin, ujian nie pasti semua akan merasa!lebih-lebih lagi jika pasangannya org jauh!ermmmm, pasti rasa sayu + sedih akan menyelebungi hati nie...mak + abah pulak cuma beraya berdua sahaja utk raya pertama..anak2 yg lain akan pulang beraya pada hari raya kedua..pasti mereka sunyi! ;'(

Dan  di bulan puasa kali nie, kesihatan abah kurang baik...abah sakit!kasihan aku tgok abah dalam keadaan begitu..terbaring lesu!muka abah pucat sangat!!Kebetulan aku balik ke kampung...abah mmg dah tak sihat!mak cuma bagitahu abah cuma sakit-sakit biasa..biasala umur makin meningkat!tp bagi aku..itu bukan alasannya..msti ada sebab...abah msti di bawa ke klinik, buat rawatan!

Abah dibawa ke klinik..doc cuma belum pastikan abah sakit apa..cuma abah diberikan ubat utk berehat secukupnya.Selepas ini, abah kena follow-up dgn rawatan doc.

."Ya, ALLAH!lindungilah dan selamatkan kedua-dua org tua ku...berikanlah mereka kesihatan yang baik.amin."

Serius!aku terasa berat hati nak bertolak semula ke kajang..lagi-lagi bila tgok keadaan abah macam tu..mak pulak tak larat nak jaga..sbb mak pun tak berapa sihat.sedihnya!!Kerna terpaksa, demi keluarga dan tanggungjawap pada tugasan..aku terpaksa...Cuma, sebelum aku berangkat pergi, sempat aku mencium tgn mereka dan pipi dan berbisik supaya mak dan abah jaga diri baik-baik, teutama sekali pada kesihatan badan..Insy, pjg umur dan murah rezeki bulan syawal nnti kita ketemu semula!Sedih dowwhhhhh.., tertiba airmata aku bergenang!

Yup,aku bjanji, walaupun berjauhan dengan mak dan abah, aku sentiasa menghubungi mereka melalui telefon.Walaupun sekadar mendengar suara mereka, sekurang-kurangnya rindu pada mereka terubat buat aku di sini!yer, kalian berdua sentiasa di hati ini....rindu pada mak dan abah!Jasa mak dan abah, akan ku kenang sampai bila-bila...





**tertiba aku tgkap "feeling" lak... ;(

Saturday, August 13, 2011

FAMILY DAY 2011 @ PD

Perancangan awal, mmg nak bawak kakak auni pegi jalan2 esp tido kat hotel.Bkn. apa, dia "tuntut" nak mandi swimming pool hotel...Kebetulan lak, opis ada buat family day..tak jauhpun jiran sebelah ngan negeri Selangor, di PD jer..so, kami anak-beranak ambik peluang join sekali..Mr. hubbypun bersetuju menginap di sana utk satu malam.Yg paling excited saper lagi kalau bkn kakak auni!suka bebenor dia bila dpt tau nak tido kat hotel.Soalan pertama yg dia ty "bu, ada swimming pool x?".. ;p

Perjalanan ke sana xlah jauh, x macam perjalanan nak balik ke perak.Berjam-jam duk melepek kat kerusi keta tu.hehehehhe.Pukul 7.30 am kami bergerak dari umah..x berkonvoi ngan saper2 pun.

Sampai sana, kul 8.45 am..perjalanan x lama.anak-anak pun x meragam esp si kecik tu!Ha! nie la hotel family day + bermalam kami!bkn 5 star hotel pun..cukup sekadar selesa utk kami anak beranak nak tido..



cozzi HOTel..first time kami menginap kat sini.

Sampai-sampai jer, terus boleh check-in.awalkan?sebabnya ada bilik yg kosong.lagi senang..sebab bleh kami letak barang-barang sebelum aktiviti family day bermula..yehaaaaa!!


bilik kami.. no. 221 btol-btol mgadap swimming pool...


bermula la aktiviti family day kat pantai..doa dimulakan, semoga aktiviti yg kami buat selamat hendakNYA.amin.


x byk pic. aktiviti kat pantai yg sempat aku snap..almaklumla duk sibuk join the activities...smpai lupa nak snap gambar.Mr hubby lak duk melayan anak-anak tu...gambar diaorg yg byk di snap olehnya!

kakak + adik duk layan blues..bosan kuttt.. ;p dah la x bleh terjun laut!huhuhuhu


hasil kreatif ibu.awal-awal pagi duk melayan rambut si kakak!comelkan?


si adik duk dlm stroller memanjang..mana swimming suit adik nie??

ha! niela org-org kuat disebalik tadbir family day kkhl 2011.. ;p

ramai gak familys staf yg join that day...happening!lagi-lagi dgn gelagat anak masing-masing.Bkn selalu dpt bkumpul gini..at leats boleh kenal antara satu sama lain.Caya lah!

niela aktiviti yg dinanti-nantikan oleh kakak auni...x sabar dah tuuu...ngeeeee..berendam lama-lama pun xkisah, jnji puasssss!! ;p


biler dah terlalu berendam lama..ha!nie la jadinya...menggeleter dia satu badan.sejukkkk..


with kawan-kawan baru yg dia kenal...


x sangka kakak auni menang games masuk air dlm botol..atas kerjasama dr ayah!yeah!!kakak memang, 1st prizes.. ;p


inilah buah hati pinggiran jantung ibu!! ;p


aktiviti kat swimming pool & pantai dah selesai...lepas nie aktiviti bebas!yeah!! kakak auni dpt mandi laut pulak...jom!layan gambar2 nie:



~my hero!

budak kecik nie suke bebenor dpt main pasir pantai tuuu... ;p


 tgok nie! sebenarnya si adik takut sangat nak mandi laut..mana xnya, jarang sekali duk berendam dlm laut!
sian kat dia eh!

si kakak, xyah citer la....excited lebih..


penat + ngantuk yer dik...


si ayah duk mlayan si kakak


sblum balik kajang,sempat gak ayah merasa naik gelongsor nie!!eeeiii ngeri ibu nengok...


gaya bakal atlet negara.kekekekeke ;p



inilah percutian buat kami anak beranak sebelum bulan Ramadhan menjelma!tersangatlah happening walaupun  terlalu penat!esok, nak posa dah...



masa utk kami check out! nak balik dah...


byknyer barang-barang nak bwk balik.huhuhuhu..


trimas buat staf KKHL atas sumbangan kerjasama bg mjayakan family day 2011 kali ini.Next year, kita jumpa lagi yer!

Saturday, August 6, 2011

Hari Sukan Tadika Pasti 2011

23hb julai..hari sukan tadika pasti kakak auni.Tempatnya di padang awam taman jasmin.Dekat bebenor ngan rumah.Pagi-pagi lagi ibu, ayah & adik adi pergi ke sana..nak tgok kakak auni lawan game!Awal btol kakak auni bangun tido! bkn apa, katanya dia nak lawan games ngan kawan-kawan!semngat kesukanan btol dia!hehehhehehe ;p adik adipun x buat perangai, mgkin dia teruja tgok ramai org kut!




Dlm ramai-ramai kawan kakak auni, rasanya dia lah yg paling kiut miut dlm erti kata kecik bebenor.hehhehehe..nie la kawan-kawan tadika dia.


cuma 3 game jer kakak auni masuk pertandingan.x bykpun sbb sebelum nie dia byk kali poteng skolah..hehehhehe.so, dia x join ler ngan kawan-kawan tadika wat latihan.xper la kak, janji kakak gembira!


si dia duk bersedia tengah tunggu arahan tu.....ibu, ayah & adik adi duk jerit2 kat luar bg semngat kat dia...


tgok tu...x sangka kakak auni masuk game nie..lepas ker x dia ke garisan penamat...bkn apa, sarung tu lagi bsr dr kakak.ibu plak yg terover risau.. ;p

game nie yg paling best ibu , ayah & adik adi tengok!bkn apa...x sangka kakak auni terror tiup belon.Tgok tu besor!tp kan..susah btol nak pecah...gerammmnye...lastly, kakak auni dpt no. 3!yeah!!!budak kecik nie menang jugakkk..hehehhehe ;p

nama dia dah di ambil!!dpt no. 3 pun jadi la kakak...


ha!nie la best friend kakak auni kat skolah!setiap kali kat rumah, pasti dia duk asyik sebut nama best friend  nie.ZARA!barula ibu kenal kak!

last-last adik adi join skali ngan kakak auni lepak skali..hehehhehe.penat la!pulak tu panas terik.huhuhuhu


sanggup berpanas sbb nak tggu ambik hadiah!huhuhuhu makin "golap" la anak ibu nie. ;p



dia sgtla teruja terima pingat!!hehehhehe






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...