CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 15, 2011

Puasa ke-13

Puasa ke -13, aku ambil kesempatan balik ke kg..utk sama-sama berbuka posa dgn mak, abah dan adik-beradik yg lain.seronok sbb kami dapat berkumpul adik-beradik, lagi-lagi dapat makan masakan mak! Rindu sesangat!!Beginilah anak perantau...tiap masa dan detik, pasti masakan mak ttp mjadi rinduan!

Taun nie berposa bersama agak terhad..aku tak dapat bercuti yg agak lama utk bersama-sama berbuka ngan mak dan abah.sedih wehhhh!! Kebetulan pulak, tahun nie "turn" raya pertama di rumah mertua...adatlah kalau sudah berkawin, ujian nie pasti semua akan merasa!lebih-lebih lagi jika pasangannya org jauh!ermmmm, pasti rasa sayu + sedih akan menyelebungi hati nie...mak + abah pulak cuma beraya berdua sahaja utk raya pertama..anak2 yg lain akan pulang beraya pada hari raya kedua..pasti mereka sunyi! ;'(

Dan  di bulan puasa kali nie, kesihatan abah kurang baik...abah sakit!kasihan aku tgok abah dalam keadaan begitu..terbaring lesu!muka abah pucat sangat!!Kebetulan aku balik ke kampung...abah mmg dah tak sihat!mak cuma bagitahu abah cuma sakit-sakit biasa..biasala umur makin meningkat!tp bagi aku..itu bukan alasannya..msti ada sebab...abah msti di bawa ke klinik, buat rawatan!

Abah dibawa ke klinik..doc cuma belum pastikan abah sakit apa..cuma abah diberikan ubat utk berehat secukupnya.Selepas ini, abah kena follow-up dgn rawatan doc.

."Ya, ALLAH!lindungilah dan selamatkan kedua-dua org tua ku...berikanlah mereka kesihatan yang baik.amin."

Serius!aku terasa berat hati nak bertolak semula ke kajang..lagi-lagi bila tgok keadaan abah macam tu..mak pulak tak larat nak jaga..sbb mak pun tak berapa sihat.sedihnya!!Kerna terpaksa, demi keluarga dan tanggungjawap pada tugasan..aku terpaksa...Cuma, sebelum aku berangkat pergi, sempat aku mencium tgn mereka dan pipi dan berbisik supaya mak dan abah jaga diri baik-baik, teutama sekali pada kesihatan badan..Insy, pjg umur dan murah rezeki bulan syawal nnti kita ketemu semula!Sedih dowwhhhhh.., tertiba airmata aku bergenang!

Yup,aku bjanji, walaupun berjauhan dengan mak dan abah, aku sentiasa menghubungi mereka melalui telefon.Walaupun sekadar mendengar suara mereka, sekurang-kurangnya rindu pada mereka terubat buat aku di sini!yer, kalian berdua sentiasa di hati ini....rindu pada mak dan abah!Jasa mak dan abah, akan ku kenang sampai bila-bila...





**tertiba aku tgkap "feeling" lak... ;(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...