CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Secebis ingatan..


Wahai kaum Adam...
 
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya..
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya..
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya..
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu..
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan..
Jaga diri hiasi peribadi, kelak tunggu lah dia sebagai bidadarimu ♥...
Ingatlah wahai lelaki...
 
 
~sayang kamo!

Tuesday, March 29, 2011

MR. "MAMA"

mr. MAMA.. muncul! tp nie versi "taman jasmin, kajang.Btol la!


MR.MAMA 3 ~ drama komedi terbaik anugerah skrin 2008~


Minggu nie..kat rumah tu ada mr "mama" tp merangkap sbg. CHEF masakan jer.hehehehheh.Mr hubby bercuti utk study sebelum exam pada 2.4. nie.Tq yer bang coz sudi masakan utk kami semua!Fuhhhh..sonang hati si ibu...bleh la si ibu relax-relax skit lepas balik kojer.Mmg "tersenyum" lebar beb!kalau tak, kompim dah macam "lipas kudung"..nak masak, nak mmbasuh ++++..

Anak-anak lagi la best, sbb si ayah dpt bersama dlm minggu nie,lagi-lagi si hero tu..ada gak org yg nak melayan dia!kalau tak, dah malam baru la si ayah baru nak sampai rumah dari opis, time tu jugak diaorg dah layan "mimpi-mimpi indah"..


Walaupun masakan yg "simple" dr hubby tp sedap!aiiii... kan best kalau tiap-tiap hari macam nie..ader org tolong masak kan..(tiba-tiba berangan jap eh!)
uit!ingat, "air tgn isteri lebih afdal" tau!yer..yer..itu sudah  satu tanggungjawapku.sila jgn merungut ok! ;p



Hikayat Merong Mahawangsa


Weii...dah lama aku tak up date blog nie kan..al-maklum la dr hari ke hari aku agak sibuk mengadap rumah + opis..masa begitu padat sekali!

Tertiba aku teringat citer nie.."Hikayat Merong Mahawangsa"..skrg tgh "hot" di pawagam-pawagam..yer ker?yg pasti citer nie dah "basi" sejak 10.03.2011 yg lalu.Best ker ha?ntah...akupun tak menengoknya lagi.tapi, macam teruja jer nak nengok..bkn apa, ada ketikanya ada gak aku melayan jap video klip anuar zain tu, ala lagu "sedetik lebih"!minat sighhh!!lagu yg mantop..

Yg. lebih menarik lagi, filem epik terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim dan dijayakan oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera. (Korang dah g nengok eh?)

Last weekend, masa aku, hubby & anak-anak jln-jln kat shopping complex..tiba-tiba hubby terus suggest kan "jom, kita nengok wayang nak?" ha??terkezut gak aku..bior betul! hubby "teringin" nak nengok citer nie ler..cam best jer bunyi nie!peluang beb!uishhh..bila pikir-pikir balik, cmna la kan.dah la si hero nie ader..dibuatnya dia buat hal,perghhh..kompim haru -biru! tak dapat aku bayangkan..kompim citer x sempat abis, aku dah "surrender" kuar pawagam dgn hati yg pasrah!Boleh ker si hero nie tido dgn lena( kalau dia bleh tido ler..) @ kalau tak tido..apa la yg dia buat.kan??si hero skrg nie bleh tahan gak lasaknya..mmg dah tak bleh duduk diam.

Akhirnya, kami sepakat terpaksa "cancel" kan hajat hubby tu.Kesian plak aku nengok..
Utk. si hero ibu tu..kami korbankan!
tp. nak sedapkan ati, bleh plak hubby sound kat aku.."xper, nnti ayah kuar ngan kakak auni eh..kita tengok wayang..tinggalkan ibu dan adik kat umah" What??oohhhh..ini tidak adil..mana bleh, aku "teringin" gak nak nengok!huhuhuhuhu.

~Takper-takper nnti kita sama-sama layan citer nie kat astro first jer..kita layan cam kat pawagam..kekekekke.. (nak sedapkan hati nie jer. ;p)



Friday, March 25, 2011

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


~Insy.ibu & ayah akan amalkan amalan ini utk kamo berdua.Semoga kalian berdua mjadi anak yg soleh & solehah.amin.

Thursday, March 24, 2011

ABAH


Terima kasih abah..Pengorbanan  dr. abah akan kami hargai buat selama-lamanya.

Ptg. tadi semasa aku berada di ofis, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dr akak.."Dik, abah masuk hosp..sekarang abah di wad kecemasan!" Ya Allah..tiba-tiba jantungku berdegup laju...takut, risau..macam-macam perasaan mula timbul..apa dah jadi dengan abah??abah sakit apa?aku mula rasa resah..tak senang duduk dibuatnya..perasaan sedih mula menyelubungi diriku...ya, Allah, KUATKANLAH SEMANGATKU..hindarilah aku dr perkara-perkara yg buruk!bila mendengar berita sebegini..aku mjadi "FOBIA"..takut sangat kerana aku baru lagi kehilangan ahli keluarga yg aku sayangi..kesedihannya masih terasa lagi.Tak sanggup utk aku kehilangan org. tersayang lagi..
akak bagitahu, tekanan darah abah tiba-tiba naik mendadak..mula-mula abah pening & muntah-muntah.Rupa-rupanya abah jatuh, mujur mak sedar..terus mak menelefon akak..disebabkan kddn abah yg sangat lemah, abah tak mampu berjalan..ambulans dtg utk mmbawa abah ke hosp. batu gajah.Terus abah dimasukkan ke wad kecemasan!Alhamdulillah, abah bukan kena serangan jantung..cuma tekanan darah yg tinggi.Doc. cuma masukkan ubat tahan sakit & air ke dalam abah..Darah abah juga diambil.Akhirnya, keadaan abah makin stabil..abah dapat pulang ke rumah semula.
Syukran, Ya Allah!Hatiku kembali tenang..tp perasaan risau tetap ada lebih-lebih lagi dengan tahap kesihatan abah sekarang..Usia abah semakin meningkat..dan abah perlu merehatkan diri selalu..terutama sekali menjaga kesihatan.

"Abah, anak-anakmu sentiasa mengiringi doa buatmu..agar dirimu dipanjangkan umur &dilindungi oleh-NYA.Abahlah segala-galanya buat kami!kami sangat SAYANG pada abah!

Rindu Datang lagi.


Ya, Allah..kuatkanlah semangat ku ini..tiba-tiba Rindu datang lagi!Sungguh..sukarnya utk aku melupakanmu wahai bidadari syurga..setiap hari, wajahmu terbayang-bayang di depan mata..masih teriang-iang suara tangisanmu itu dan serta merta airmata ku mengalir...sebaknya rasa..

Yg pasti..kami semua masih terasa kehilanganmu sayang...lebih-lebih lagi  buat mama & baba mu..Kamu lah "insan teristimewa" buat kami semua..walaupun dirimu telah meninggalkan kami semua.Percayalah..namamu masih segar di ingatan dan sentiasa di hati kami buat selama-lamanya.

AL-FATIHAH buatmu BIDADARI SYURGA..

Tuesday, March 22, 2011

Minggu EXAM

Semalam,bermula lah minggu exam buat puteri kesayangan ibu & ayah.Wahhh...dah macam tak percaya si dia akan menduduki exam buat pertama kali..sudah besar yer kakak!Ibu pulak yg rasa lebih "excited" & berdebar-debar..Insy. kakak akan dpt. melakukan yg terbaik.Ibu & ayah sentiasa mendoakan kejayaan buat awak.




To my lovely princess...NUR QISTINA AUNI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...