CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 29, 2012

#38 weeks


Doc bagitau.." u anytime boleh bersalin..." huhuhuhu gerun + takut + sedih + gembira +++ macam-macam la yg ada dlm pikiran aku nie.uishhhhh dah macam nak pergi "berperang" pun ada!seriusss..kali nie yg ketiga rasa berdebar-debar plak.hehehhehe.Insya.semoga ianya dipermudahkan.dan yang paling aku x sabar apabila 1st time mr hubby akan menemani aku di labour room..insy.semoga menjadi kenyataan.amin. ;p

Segala persiapan utk org baru + utk si ibu semuanya sudah bersedia.Esp. duk dalam bonet keta..tak lupa my buku "merah" tu...penting sekali!

1st time juga aku apply cuti selama 90 hari utk cuti bersalin!woot..woot..woot..sebelum nie merasa 60 hari.Dengan cuti yang lama nie, niatku cuma satu nak "fully breastfeeding my baby" insy.amin.Semoga semuanya berjalan lancar.Niat tu yang penting... ;p

Doakan semoga ibu dipermudahkan segalanya yer!semoga kami berdua selamat..insy.amin.




                                                  #semasa baby 36 weeks




                                                      # yeah!! tak lama lg abg adi dapat adik!




**kena rajin berjalan nie...org kata senang nak bersalin...yer ker??aishhh tapi dah x larat nie.. ;(

Thursday, April 12, 2012

# POSA ganti + posa Sunat ;p

Akhirnya...setelah mencari bulan + tarikh yang sebenar +++ yg sesuai,aku dah mula ganti posa tahun lepas.hukhukhukhuk. ;( Eh-eh korang mula ganti posa ker?? )

pada mulanya..risau + takut..bkn apa,kesian kat bb dalam perut!insy.jika niat suci kita baik..semuanya OK!!wahhhhh...kata-kata semangat gitu.

biasala, rutin harian asyik makan +++ minum..sekali berposa, "bergegar-gegar" perut ibu di buatnya!owhhhhh...dia lapor la...sabar yer sayang!chaiyok!chaiyok!ibu & bb boleh la.... ;)

sesiapa yg join the club ngan ibu ..;
                                            
                                                      
"SELAMAT MENGGANTIKAN POSA!"



## adakah taun ini ibu perlu ganti posa SEBULAN lagi seperti tahun 2010??owwhhhhh....pengsan jap!

Monday, March 19, 2012

# Jalan-Jalan Makan Angin ~ 15.03.2012 - 17.03.2012 ~

Happening!!yehaaaaa...dapat release tension ++++ bersuka-ria dengan org-org tercayang!Thanks ayah sebab bawa kami pergi jalan-jalan makan angin kat Cherating, Pahang!Dah lama tak pergi jauh-jauh cam gini.


~Penginapan kami ~ The Legend Hotel Cherating


~inilah aktiviti si abang + si kakak tu..memanjang mandi kolam + mandi laut...


ayah join the club.ibu plak yg jd camerawoman.huhuhuhu.


Teruja si abang bila dapat main pasir pantai ;p



ayah buat gaya ala-ala model gitu.


walaupun ombak laut yg tinggi..tp ramai yg teruja nak mandi...


penat memang penat...sakit pinggang ku gara-gara perjalanan duk memerap dlm keta dr kajang ke cherating.tp berbaloi tgok anak-anak rasa teruja + gembira!


InsyaAllah, panjang umur & murah rezeki kita pergi jalan-jalan makan angin yer!!Bawa sekali baby boboi dalam perut  ibu nie..hehehehehe. ;p


p/s: sangat suka pemandangan di tepi pantai nie..damai raseeee.. ;)

3rd : BOBOIBOY...





INSYAALLAH.... ;

**geng ayah + abang adi la!!!kakak auni sedey sebab xder geng ^_^


P/S: doakan kami selamat yer!amin.

Thursday, February 9, 2012

Supriseeeee!!

~Present dari si dia yang tersayang! TQ mr hubby. ;)



PHONE GALAXY NEXUS ;P





 *bila usia dah 32 tahun..barula dapat merasa nikmatnya guna handset gini! aceh-acehhhhh... ;p

~Dunia ALAHAN ku berakhir!!!! Syukur Alhamdulillah ;)

Fuhhhh!!Bulan Pertama hinggalah ke bulan ke Empat...aku lalui alahan "pregnant"  yang bagi aku rasa dah sebati dalam diri nie tiap kali aku pregnant!Huhuhuhu..sedih + penat + kesian semua ada..mana taknyer dalam bulan tu jugak hal-hal rumah + anak-anak semuanyer mr hubby dipertanggungjawapkan! aku???"melepek" ajer la....Paling tragis apabila aku terpaksa menyerah diri ke hospital KPJ akibat muntah-muntah yang teruk!tak pasal-pasal satu botol air dimasukkan dalam badan..tak kisahla janji aku sihat!Tapi bila dikenangkan semula....nie la pahit manis seorang ibu bila mengandungkan??

Sekarang, alhamdulillah...aku semakin sihat + bertenaga!!yeahhhhhh!!!aku semakin berselera makan dan makan...dan perut nie pun semakin membesar dan membesar!Syukran ya Allah!


Kalau nak tahu..aku sekarang teruja sesangat dengan makanan nie... aduhhh!!bikin membuatkan aku semakin berselera!





pagi, tengahari + malam nie la saat-saat ku idamkan!perghhhh... ;p







nie plak buah kegemaran aku!tiap kali stok abis, kompim aku terjah GIANT dpn opis tu....seb baik ada!!!







ha! kalau korang nak tau..air BARLI minuman ku sepanjang hari...(** gara-gara air kencing kotor ari tu...trus melekat ngan air nie.... ;) **) sedapppp!!Jom cuba!!
kat rumahpun dah ada stok barli..mudah + cepat..rebus jer dan minum!






** bulan seterusnya...bertukar rupa atau tidak..tunggu saja ya!!hehehhehe ;p


p/s: doakan saya + bb sihat dan selamat semuanya ya!amin.

Wednesday, November 16, 2011

# Minggu Emosi Yang Naik Turun




Bermulalah ;

# Minggu Emosi Yang Naik Turun ~ ;(


Bagaimana untuk Mengawalnya?

Anda tidak boleh menghentikan perubahan mood tetapi anda masih boleh mengawalnya. Di sini terdapat beberapa cara untuk melakukannya:
  • Uruskan stres anda. Pastikan anda banyak berehat. Dapatkan tidur selama sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari. Mengekalkan diet yang seimbang dan bersenam dengan lebih kerap juga akan membantu.
  • Berseronoklah! Lakukan aktiviti yang menggembirakan anda seperti menonton wayang bersama kawan atau manjakan diri anda di spa.
  • Jangan pendam perasaan anda. Berkomunikasi dengan pasangan anda. Kongsi segala kerisauan atau perasaan anda tentang kehamilan bersamanya. Dengarlah luahan perasaan dan pandangan pasangan anda. Berbincang boleh membantu mengurangkan stres anda.
  • Kukuhkan hubungan anda dengan suami anda. Habiskan lebih banyak masa bersama suami anda. Jika boleh, pergilah bercuti bersama-sama. Hubungan yang erat akan memberi anda sokongan yang diperlukan semasa kehamilan anda.
  • Jangan bekerja terlalu kuat. Ambil masa untuk berehat. Bekerja terlalu kuat hanya akan menambah stres anda.



**Mungkin ada hikmahnya.Kuatkan semangat ok!lalalalalalala ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...