CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 16, 2011

# Minggu Emosi Yang Naik Turun




Bermulalah ;

# Minggu Emosi Yang Naik Turun ~ ;(


Bagaimana untuk Mengawalnya?

Anda tidak boleh menghentikan perubahan mood tetapi anda masih boleh mengawalnya. Di sini terdapat beberapa cara untuk melakukannya:
  • Uruskan stres anda. Pastikan anda banyak berehat. Dapatkan tidur selama sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari. Mengekalkan diet yang seimbang dan bersenam dengan lebih kerap juga akan membantu.
  • Berseronoklah! Lakukan aktiviti yang menggembirakan anda seperti menonton wayang bersama kawan atau manjakan diri anda di spa.
  • Jangan pendam perasaan anda. Berkomunikasi dengan pasangan anda. Kongsi segala kerisauan atau perasaan anda tentang kehamilan bersamanya. Dengarlah luahan perasaan dan pandangan pasangan anda. Berbincang boleh membantu mengurangkan stres anda.
  • Kukuhkan hubungan anda dengan suami anda. Habiskan lebih banyak masa bersama suami anda. Jika boleh, pergilah bercuti bersama-sama. Hubungan yang erat akan memberi anda sokongan yang diperlukan semasa kehamilan anda.
  • Jangan bekerja terlalu kuat. Ambil masa untuk berehat. Bekerja terlalu kuat hanya akan menambah stres anda.



**Mungkin ada hikmahnya.Kuatkan semangat ok!lalalalalalala ;p

Monday, November 14, 2011

Bersyukur padaNYA.



~Aku bersyukur padaNYA di atas nikmat dan rezeki yg aku perolehi.
Alhamdulillah, masih sempat untuk aku merasa nikmatnya.Amin~



*menghitung hari... ;)

Thursday, November 10, 2011

Supplement~ USANA

Supplement???Nie bukan ubat okeh tapi untuk kesihatan badan dan mengelak dari penyakit. (eh-eh btol ker statement aku nie? ;p) ada makan ker???

First time...aku makan.Sebelum nie, emmm jangan harapla aku nak tengok dan melayan..apatah lagi nak menelan.Bkn apa, bagi aku, salah satu sebab semua supplement sama je.Harganya pun boleh tahan.tak sanggup beb!dulu..aku ambik tak kisah bab-bab nie.Terukkan???ishhhhhh...Tapi sekarang, dalam golongan org yg baru nak INSAF.usia mengejar ku!So, aku harus mengejarnya.hahahhahahaha.

Nak tau camno aku boleh terjebak ngan supplement nie?akupun tak percaya tapi memang realitinya beb..secara tiba-tiba.Kesannya, alhamdulillah setakat nie badan aku makin bertambah cergas + maintain.hahahahaha ;p (kalau kata makin chomelll...takut korang tak caya lak.hahahahha ;p)

Aku terjebakpun dari mr hubby jugak.Nie gara-gara dari kawan baiknya.Ntah camna diapun boleh terjebak + join the club!Kesan yg ada pun dia dah rasa..Trus...satu kampung dia buat promotion.kasi jaja ini barang!hahahahha;p akupun terkejut!yelah tak sangka. beb!


nie la produknyer.


kalau saper nak diet + turun berat badan~ just minum air nie nie. insyAllah..ringan badan + sihat. ;)



supplement nie la yg aku amalkan sekarang.alhamdulillah. ;p


Supplement nie made from US, tapi jangan risau dijamin HALAL.kalau korang berminat nak tahu pasal supplement nie, jom klik :




# kalau anda berminat : boleh hubungi saya by blog saya nie. ;p


Wednesday, November 9, 2011

Tanyalah Ustaz + Soffiya ~SRI PENTAS, Damansara

Jemputan lagi!perghhhhh...di jemput ke rakaman rancangan "Tanyalah Ustaz".errrr..korang penah nengok tak rancangan nie?Seriously, aku memang tak penah ngadap pun..bukannya apa rancangan nie start kol 7.00 pagi tiap-tiap hari kat TV9.Kalau awal pagi tu paham-paham jerla aku duk sibuk tengah lari sana lari sini kat dalam rumah tu.lagi-lagi time duk busy bersiap-siap ke opis + persiapan utk anak-anak dan mr hubby.mana la sempat nak layan tv beb!Lagi-lagi kalau anak-anak dah sibuk melayan citer HIGH-5
 (kat NTV 7 channel tuuu..)

Tak ramaipun yang dijemput.Kebetulan ramai staf xder kat kolej.kiranya aku peserta yg bertuah.wahahahaha..mulanya aku xmau pergi, bkn apa dok risau pikir pasal my hero tu.Ari tu 1st day dia ke rumah pengasuh baru.Mana la tahu kut-kut dia meragam, tak pasal-pasal satu taman dengar dia meraung.hehehehehe.ibunya kena 'stand by' ok.

Hasil pujukan + rayuan kawan-kawan opis, dengan rela hati aku pergi jugak.Padahal dalam hati nie dok memikir tentang si hero tu."harap-harap semua ok, ibu nak masuk tv nie dik".hehehehe.Sebelum aku pergi, sempat gak menelefon makcik yg mengasuh anak-anak aku."alhamdulillah, adi ok.Jgn pikirkan + risau".Lega rasanyer....amin.

Pergi ke sana naik coaster (ala-ala bas mini gitu) tp pinjam kolej lain punyer.Demi masuk tv katakan.hahahahaha. ;p Bkn bebudak opis jer yg pergi tapi join sekali ngan staf kpt, putrajaya.Penuh satu bas ko!meriah jugakla.masing-masing tak sabar nak smpai sri pentas.(tp aku cool jer..walhal dlm hati "berbunga-bunga".hahahahah)

Perjalanan agak jauh jugakla.sempat gak aku tido ayam-ayam gitu.penat btol duk dalam bas nie.penat nak sampai ke destinasi.Sampai sana, takder saper yg tunggu + jemput.Walhal kami di jemput.ermmmm ;( tp takper, kami terus masuk dengan senyuman kelat...


Masuk jer bangunan sri pentas...owhhhhhhh gini rupanya.terpegun jap.Jakun pun yer.kekekekekeke.sampai gak aku ke bangunan nie eh.dulu pernah pergi RTM sekarang sampai gak ke TV3. Tertiba; eh-eh..mamat tu la.."Illiyas"..grrrrrrr pelakon citer soffiya tu...yg tengah meletop tu.Fizo omar rupanyer.apalagi, masing-masing duk usya mamat tu.hehehehehe.aku?rasa terkejut jer, takla fanatik pun.kekekkekeke ;p

citer nie memang "meletopppp".~ i loike. ;p


Ingatkan terus pergi buat rakaman.tapi rupanyer selepas zohor.Adoiiiii lama lagi beb!kompim balik lewat.huhuhu.Seb baik ada lunch buat kami.Tersenyum lebar masing-masing.Tak sangka-sangka tengah duk makan terserempak lagi ngan mamat tu....wahhhhhhh.tp dia ngan sorang pompuan.comel gitu.awek dia kut.tapi..rupanyer TIdakkkkk...si fiona laaaaa...adusss comel bangat.disebabkan aku lupa nama btol minah tu, bantai aku panggil fiona jer.hahahahhaha.memang penangan citer soffiya la nie. ;p

Berani beb, aku ngan member-member pergi tegur pasangan nie.apalagi, terus kami snap gmbor.muka x malu btolkan?hahahahaha.janji aku dapat bergambar ok.


nie gambornyer..supriseee!ngeee..;p

 
Akhirnya, jam 2.15 pm bermulalah rakaman ranc. 'tanyalah ustaz'.Alhamdulillah dapat juga aku mendengar ceramah dr ustaz Hassan Din.Seronok jugak.apatah lagi dapat masuk tv.huahahahahaha.sempat gak terpilih utk sesi tanya soalan.Gementar beb.Bab kaku satu hal..biasala..nak masuk tv.janji tersenyum lebar...wahhhh.
Ingat satu sesi jer rupanya 2 sesi.penat sighhh!!penat duduk.2 sesi kami melayan sampai penat.

buktinya: kami disini.aceh..aceh..;p


 
Pukul 4.30 pm baru selesai.oohhhhh gini rupanya org duk wat rakaman rancangan tv.barula aku tahu + rasa betapa seksanya!Lepas nie bleh la war-warkan  satu  kampung + taman rumah. weiii..aku masuk tv beb!hahahhahahha.Satu pengalaman yg menyeronokkan.

Ambik ko, perjalanan nak balik ke kajang amat menakutkan!Hujan turun dgn lebatnya!apalagi jalan sesak!huhuhuhuhu.kompim malam sampai.

Sampai rumah pukul 8.30 pm. Nasib baik umi adi zaim kat rumah sudi ambik anak-anak kat rumah pengasuh.Sekurang-kurangnya tak ler aku rasa bersalah kat pengasuh baru tu.hehehheheh tima kacih umi! ;p

Penat + ngantuk semua ada...tak larat nak nengok keadaan dlm rumah.yang pasti, aku dibuai mimpi malam tu agak awal..zzzzzzzzz.



** adussss terlepas utk aku nengok permulaan rakaman rancangan nie.sempat nengok kejap jer.masa nak pergi opis la..esok, ada lagi, bahagian kedua plak.TENGOK yer! kat channel TV9 JAM 7.00 am. ;)
dont worry, siaran ulangan: mlm nie jam 12.00 tgh mlm.ok!jumpa saya eh! ;p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...